AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangan kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.
AirAsia Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia telah membuat laporan polis selepas menerima aduan daripada orang ramai yang menjadi mangsa kepada ejen pelancongan palsu.
"Kami ingin mengingatkan kepada orang ramai agar menempah tiket penerbangan mereka hanya menerusi saluran rasmi seperti, airasia.com, sekutu rasmi (AirAsiaGo.com) dan pusat jualan rasmi yang tersenarai dalam laman web itu," kata syarikat penerbangan berkenaan.
AirAsia Bhd berkata ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim haram menggunakan jenama AirAsia.
"Apabila ragu-ragu atau ingin melaporkan mengenai penipuan yang disyaki menggunakan jenama AirAsia, orang ramai boleh menghubungi AirAsia menerusi saluran komunikasi rasminya," kata syarikat penerbangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017

AirAsia Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran. - Gambar fail

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.

Pemegang saham AirAsia X lulus pengambilalihan kepentingan perniagaan penerbangan Capital A
Pemegang saham AirAsia X Bhd meluluskan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd dan AirAsia Bhd.

AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2
AirAsia Bhd hari ini meminta MAHB untuk memberi lebih keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2.

AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan
AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Trend melancong: Tanda ekonomi baik
Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.

AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Pelakon Neelofa dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan murah, AirAsia Bhd. Satu pencapaian hebat buat pelakon yang sinonim dengan jenama Naelofar Hijab yang berkembang pesat.

AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.

AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.

AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia
Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.

AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta
AirAsia Bhd memeterai perjanjian pajakan basah dengan PT Indonesia AirAsia Extra (IAAX) untuk memajak dua pesawat berbadan lebar Airbus A330 untuk US$12.9 juta (RM52.5 juta).