Dalam beberapa tahun ini, kecenderungan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara meningkat dengan ketara - daripada hanya berhasrat untuk mengunjungi Langkawi kini, kepada memburu melihat Northern Lights di Ireland.
Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.
Bukan itu sahaja, melancong secara solo turut meningkat susulan kebimbangan untuk melakukan perjalanan ke luar negara semakin berkurangan dan ejen pelancongan juga tidak begitu diperlukan apabila semua orang mempunyai telefon pintar yang dilengkapi dengan Internet.
Menurut laporan oleh Mastercard, dianggarkan 11.9 juta perjalanan ke luar negara dari Malaysia telah dicatatkan pada 2016 dan jumlah itu dijangka meningkat dengan purata 3.5 peratus setahun kepada 14.2 juta perjalanan menjelang 2021.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata bukan sahaja perjalanan ke luar negara meningkat dalam beberapa tahun ini, pelancongan domestik turut berkembang dengan baik.
"Pada 2015, sebanyak 235.2 juta perjalanan telah dilakukan oleh rakyat Malaysia di negara ini. Ini merupakan peningkatan sebanyak lapan peratus kepada 253.9 juta perjalanan pada tahun lepas, menurut Kajian Pelancongan Domestik 2016 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia," katanya kepada Bernama.
MATTA, persatuan pelancongan yang menganjurkan pameran pelancongan MATTA secara tahunan, berjaya menarik lebih 120,000 pengunjung dan mencatatkan lebih RM220 juta jualan pada pamerannya pada 2017.
"Berdasarkan Pameran MATTA yang diadakan pada September tahun lepas, destinasi domestik, termasuk Negeri Sembilan, Selangor dan Johor, mencatatkan hasil jualan tertinggi bagi tarikan pelancongan mereka.
"Bagi destinasi antarabangsa, hasil jualan tertinggi dicatatkan bagi Jepun, China dan UK," katanya.
Melihat dari segi perspektif pertukaran mata wang, perjalanan ke tempat-tempat tersebut tidak begitu murah, tetapi apa yang membuatkan rakyat Malaysia masih dapat melakukan perjalanan ke luar negara?
Jika mereka mampu untuk melancong ke luar negara, dan jumlah tersebut terus meningkat, ia membuat kita berfikir, adakah ekonomi kita teruk?
Ringgit diniagakan pada paras sekitar 3.53 berbanding yen, paras 0.61 berbanding yuan China dan 5.41 berbanding pound British.
Mereka yang gemar melancong menyatakan sebab utama menjadikan perjalanan lebih mudah adalah kerana rakyat Malaysia menikmati perjalanan tanpa visa ke 164 buah negara dan wilayah, menjadikan pasport Malaysia berada pada kedudukan ke-13 paling kukuh di dunia, menurut dapatan Indeks Sekatan Visa Henley.
Selain itu, promosi penerbangan murah sepanjang tahun dengan antara hubungan yang baik dari satu tempat ke tempat yang lain, merupakan satu lagi sebab melancong ke luar negara kini menjadi perkara biasa.
Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee, berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu sentiasa komited untuk menjadikan perjalanan udara dengan harga berpatutan untuk semua orang, sejajar dengan slogannya, "Now Everyone Can Fly".
"Pembukaan dan penutupan laluan merupakan sebahagian daripada perancangan rangkaian yang kompleks yang tertakluk kepada permintaan pasaran.
"Di AirAsia, kami membolehkan orang ramai melakukan perjalanan pada harga berpatutan ke laluan yang kami komited untuk membina dan mewujudkannya dari semasa ke semasa," katanya.
AirAsia, melalui platform digitalnya, AirAsiaGo, menjadi antara aplikasi pilihan berikutan ia menawarkan pelbagai pilihan hotel, aktiviti dan perkhidmatan perjalanan kepada pengembara, bersesuaian dengan bajet.
"Dengan pembangunan teknologi laman webnya yang konsisten dalam beberapa tahun ini, platform AirAsiaGo menyediakan pelanggan dengan akses kepada teknologi tempahan yang cekap bagi 365,000 hotel di seluruh Asia.
"Susulan terdapat trend yang semakin meningkat dalam kalangan pengembara Asia yang menempah pakej penerbangan dan hotel, AirAsiaGo memenuhi permintaan ini dengan penjimatan pakej pelancongan sehingga 25 peratus," kata Pengurus Besar AirAsiaGo.com, Darren Goh.
Sementara itu, dari perspektif pengembara, ramai yang berpegang kepada kata-kata 'lebih baik melihat sesuatu sekali berbanding mendengar mengenainya seribu kali', walaupun setiap kali mereka melakukan perjalanan ia menelan belanja yang banyak.
Bagi Cecilia Jeyanthi Victor, 31, yang telah melancong ke lebih 10 buah negara secara 'backpacking', beliau berkata perjalanan ke tempat-tempat yang tidak dikenali merupakan pengembaraan terbaik yang pernah dialami.
Beliau berkata walaupun minatnya untuk melancong tidak pernah berhenti, menyimpan sebahagian wang adalah penting, untuk kecemasan dan pembelian aset seperti rumah dan kereta.
"Bagi memaksimumkan pengalaman perjalanan saya, saya akan cuba mencari tiket penerbangan dan hotel semasa tawaran promosi, dan mendapatkan panduan perjalanan terbaik termasuk daripada blog dan laman web seperti TripAdvisor," katanya.
Antara pengalaman perjalanan menarik beliau ialah Srinagar dan Kashmir (India), Killing Fields dan Tuel Sleng (Phnom Penh, Kemboja), Boracay, (Filipina) dan St Kilda (Melbourne, Australia).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
AirAsia sentiasa komited menjadikan perjalanan udara dengan harga berpatutan untuk semua orang, sejajar dengan slogannya, "Now Everyone Can Fly".
AIR 2040 perkukuh pengurusan air negara, transformasi sektor air lebih mampan
Empat fasa dalam pelaksanaan agenda AIR 2040 berpandukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) hingga Rancangan Malaysia Kelima Belas (RMK15).
AWANI Ringkas: Gangguan Seksual | Mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Pemegang saham AirAsia X lulus pengambilalihan kepentingan perniagaan penerbangan Capital A
Pemegang saham AirAsia X Bhd meluluskan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Ltd dan AirAsia Bhd.
AirAsia minta MAHB mengutamakan permasalahan klia2
AirAsia Bhd hari ini meminta MAHB untuk memberi lebih keutamaan kepada isu operasi lebih kritikal dan pengalaman penumpang di klia2.
AirAsia akan hubungkan Ipoh dengan hab selatan
AirAsia Bhd akan memulakan operasi dari dan ke Ipoh tidak lama lagi, menjadikannya laluan domestik ke-16 syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Trend melancong: Tanda ekonomi baik
Semua ini menjadi lebih mudah, dengan kemajuan Internet yang terdapat dalam pelbagai platform dalam talian, aplikasi mudah alih dan promosi penerbangan, menjadikan perjalanan lebih murah dan mudah.
AirAsia lantik Neelofa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Pelakon Neelofa dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan murah, AirAsia Bhd. Satu pencapaian hebat buat pelakon yang sinonim dengan jenama Naelofar Hijab yang berkembang pesat.
AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.
AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.
AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.
Langkawi jadi lapangan terbang antarabangsa ke-6 AirAsia
Potensi besar pertumbuhan di Langkawi mendorong AirAsia Bhd menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sebagai hab antarabangsa keenamnya di Malaysia.
AirAsia pajak 2 pesawat daripada Indonesia AirAsia Extra untuk RM52.5 juta
AirAsia Bhd memeterai perjanjian pajakan basah dengan PT Indonesia AirAsia Extra (IAAX) untuk memajak dua pesawat berbadan lebar Airbus A330 untuk US$12.9 juta (RM52.5 juta).