KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Genting Bhd mengecil kepada RM299.91 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 berbanding RM1.37 bilion yang direkodkan semasa tahun sebelum ini disebabkan prestasi bahagian riadah dan hospitaliti yang lebih baik berikutan kelonggaran sekatan COVID-19.
Pengendali resort bersepadu itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis berkata pendapatannya melonjak kepada RM22.38 bilion daripada RM13.53 bilion selepas disokong oleh prestasi hasil yang lebih kukuh daripada Resorts World Sentosa di Singapura, Resorts World Genting di Malaysia, perniagaan riadah serta hospitaliti di United Kingdam, Mesir, Amerika Syarikat (AS) dan Bahamas.
"Keuntungan sebelum cukai mencecah RM1.27 bilion pada tahun kewangan 2022 berbanding kerugian sebelum cukai sejumlah RM970.8 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021 susulan peningkatan dalam pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan (RM7.30 bilion) selain perbelanjaan pra-pembukaan yang lebih rendah.
"Bagaimanapun, ini sebahagiannya telah diimbangi oleh susut nilai, kerugian pertukaran asing bersih yang lebih tinggi daripada penukaran pinjaman denominasi dolar US dan kos kewangan, terutamanya yang ditanggung oleh Resorts World Las Vegas apabila memulakan operasi pada 24 Jun 2021," katanya dalam kenyataan berasingan kepada bursa.
Selain itu, kos kewangan kumpulan Genting Malaysia Bhd turut bertambah disebabkan kos kewangan yang ditanggung bagi projek tertentu yang layak yang tidak lagi dijadikan modal pada tahun kewangan 2022 selepas projek itu siap.
Sementara itu, Genting berkata hasil daripada bahagian perladangan bagi tahun kewangan 2022 menokok selepas menerima sokongan daripada harga produk sawit yang lebih mantap walaupun ini kebanyakannya telah diimbangi oleh jumlah jualan produk sawit bertapis yang lebih rendah.
Sementara bagi bahagian tenaganya, pendapatan serta EBITDA dilaporkan menyusut disebabkan penjanaan Loji Banten yang agak rendah berikutan tempoh gangguan yang lebih lama iaitu 15 hari, tetapi sebahagiannya dikurangkan oleh kesan daripada pengukuhan dolar AS.
"Dalam bahagian minyak dan gas, pendapatan serta EBITDA naik susulan purata harga minyak mentah global yang lebih tinggi dan kemantapan nilai dolar US semasa tahun kewangan 2022," katanya.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2022, Genting mencatatkan kerugian bersih yang lebih tinggi sebanyak RM168.72 juta daripada RM129.81 juta, tetapi perolehan mengembang kepada RM6.36 bilion berbanding RM4.84 bilion sebelum ini.
"Keuntungan yang agak sedikit pada suku keempat tahun kewangan 2022 telah dipacu oleh caj susut nilai yang lebih tinggi, kerugian pertukaran asing bersih yang tidak direalisasi serta kerugian dalam rosot nilai bersih," katanya.
Lembaga pengarah juga mengisytiharkan dividen satu peringkat akhir sebanyak sembilan sen sesaham bagi tahun kewangan 2022, yang akan dibayar menjelang 20 April 2023.
Melangkah ke hadapan menjelang tahun kewangan 2023, Genting menjangkakan prestasi kumpulan mungkin terjejas oleh kelembapan dalam ekonomi global, memandangkan keadaan dasar monetari yang diperketatkan yang bertujuan menguruskan tekanan inflasi dan gangguan berterusan daripada konflik geopolitik yang masih berlaku dijangka terus menjejaskan aktiviti ekonomi.
"Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi diramalkan berterusan walaupun pada kadar yang lebih perlahan, dengan sokongan daripada permintaan domestik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen satu peringkat akhir sebanyak sembilan sen sesaham yang akan dibayar menjelang 20 April 2023. - Foto fail/Facebook/ResortsWorldGenting
24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.
Israel tingkat serangan udara di timur Lubnan
Hampir semua bangunan di bandar lama Baalbek di Timur Lubnan musnah selepas rejim zionis meningkatkan serangan udaranya pada Ahad.
Jokowi seru sentiasa berwaspada di tengah-tengah cabaran global
Presiden Joko Widodo menyeru Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk sentiasa berwaspada dan bersiap sedia ketika negara berdepan dengan cabaran global yang semakin meningkat.
Pesawat Frontier Airlines terbakar ketika mendarat
Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada.
7 maut termasuk dua kanak-kanak di Maharashtra
Sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut dan beberapa lagi cedera selepas kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan di Maharashtra, Mumbai.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
JDT raih kejuaraan berganda, julang Piala Futsal Malaysia 2024
Skuad futsal Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kejuaraan berganda musim ini apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2024 selepas menewaskan Selangor 3-2.
AWANI Ringkas: 21 warga Bangladesh ditahan cuba masuk Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.