KUALA LUMPUR:Kerajaan setakat ini tidak pernah gagal membayar hutang mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.
Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata kemampuan itu didorong oleh keupayaan negara bagi memastikan usaha terbabit dapat ditunaikan sebagaimana yang dirancangkan.
"Kita (Malaysia) tidak ada masalah untuk membuat bayaran khidmat hutang kerana mempunyai keupayaan dalam memastikan segala perancangan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan, diatur sebaik mungkin.
"Ini (penting) bagi memastikan ianya turut memberi impak terhadap belanjawan tahunan, khususnya bagi tahun 2021 ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Shahar turut menegaskan bahawa Belanjawan 2021 itu telah dirangka berdasarkan keupayaan kerajaan membuat kutipan hasil.
Malah, katanya, Kementerian Kewangan yakin usaha itu dapat dijalankan walaupun dalam keadaan kemelesetan ekonomi berikutan penularan pandemik COVID-19.
"(Walaupun) ada pengurangan hasil pendapatan, kita masih mempunyai keyakinan bahawa (kutipan) hasil yang diunjurkan adalah lebih baik iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus," katanya.
Menurut Mohd Shahar, Kementerian Kewangan turut melakukan beberapa strategi bagi meningkatkan hasil negara termasuk memanfaatkan potensi sektor tidak formal, mengurangkan amalan terkurang lapor, pengisytiharan serta ketirisan cukai.
Selain itu, kerajaan akan turut menambah baik pentadbiran cukai melalui pengurusan data yang berkesan dan menyepadukan maklumat terbabit dengan agensi-agensi berkaitan, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
![Kerajaan tidak pernah gagal bayar hutang ikut jadual ditetapkan Kerajaan tidak pernah gagal bayar hutang ikut jadual ditetapkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71596615878_MOHDSHAHARABDULLAH.jpg)
Kementerian Kewangan turut melakukan beberapa strategi bagi meningkatkan hasil negara termasuk memanfaatkan potensi sektor tidak formal, mengurangkan amalan terkurang lapor, pengisytiharan serta ketirisan cukai. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Wujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar Wujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664948051_DatukMohdShaharAb.jpg)
Wujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar
Malaysia kini menyumbang 0.06 peratus dari 3,000 tan pengeluaran emas dunia dengan mengeluarkan sekitar 1.8 hingga 4.6 tan metrik setahun.
![[KOLUMNIS] Boikot rasuah sepertimana boikot produk berkaitan Israel [KOLUMNIS] Boikot rasuah sepertimana boikot produk berkaitan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730104182_MohdShaharAbdullah.jpg)
[KOLUMNIS] Boikot rasuah sepertimana boikot produk berkaitan Israel
Prinsip sepertimana memboikot produk Israel perlu diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia berkaitan isu memerangi rasuah yang perlu diperangi secara habis-habisan.
![Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729504587_tbBackbenchersClub.jpg)
Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol
Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
![Dewan Rakyat: Selepas ali baba, kini rakyat bersaing dengan 'ali bangla' - MP Paya Besar Dewan Rakyat: Selepas ali baba, kini rakyat bersaing dengan 'ali bangla' - MP Paya Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664948051_DatukMohdShaharAb.jpg)
Dewan Rakyat: Selepas ali baba, kini rakyat bersaing dengan 'ali bangla' - MP Paya Besar
Dakwanya, rakyat perlu bersaing dengan kumpulan bukan warganegara, yang dilihat cuba memonopoli sektor pekerjaan termasuk bergelar pengusaha.
![RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664948051_DatukMohdShaharAb.jpg)
RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
![RUU Perbekalan 2023 dibaca kali pertama, bacaan kedua Jumaat ini RUU Perbekalan 2023 dibaca kali pertama, bacaan kedua Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661070094_TBSHAHAR.jpg)
RUU Perbekalan 2023 dibaca kali pertama, bacaan kedua Jumaat ini
Menteri-menteri berkaitan akan diberi tempoh masa empat hari untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.
![188,000 transaksi hartanah bernilai RM84 bilion dicatat pada H1 2022 188,000 transaksi hartanah bernilai RM84 bilion dicatat pada H1 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662478246_MOHDSHAHARABDULLAH.jpg)
188,000 transaksi hartanah bernilai RM84 bilion dicatat pada H1 2022
Situasi tersebut menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus daripada segi bilangan dan nilai transaksi berbanding tempoh masa yang sama tahun 2021.
![Lebih 34,000 unit kediaman siap dibina bernilai RM21.7 bilion tidak terjual Lebih 34,000 unit kediaman siap dibina bernilai RM21.7 bilion tidak terjual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/41571048148_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Lebih 34,000 unit kediaman siap dibina bernilai RM21.7 bilion tidak terjual
Hampir 60 peratus 'overhang' terdiri daripada harta tanah kondominium/ pangsapuri.
![Tiada keperluan untuk kerajaan perkenalkan semula GST pada masa ini Tiada keperluan untuk kerajaan perkenalkan semula GST pada masa ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662478246_MOHDSHAHARABDULLAH.jpg)
Tiada keperluan untuk kerajaan perkenalkan semula GST pada masa ini
Kerajaan masih belum di peringkat yang perlu untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
![Tiada perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 - Mohd Shahar Tiada perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 - Mohd Shahar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648558120_TBSHAHAR.jpg)
Tiada perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 - Mohd Shahar
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah mengesahkan tiada perubahan tarikh bagi pembentangan Belanjawan 2023 setakat ini.