PUTRAJAYA: Lebih 188,000 transaksi hartanah bernilai RM84 bilion dicatatkan pada separuh pertama tahun 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Ahli Parlimen Paya Besar itu berkata, situasi tersebut menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus daripada segi bilangan dan nilai transaksi berbanding tempoh masa yang sama tahun 2021.
Katanya lagi, peningkatan prestasi harta tanah itu dilihat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang mengukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022, berbanding 5.0 peratus pada suku pertama 2022 dan 3.6 peratus pada suku keempat 2021.
“Semua subsektor harta tanah iaitu kediaman, perdagangan, industri, pertanian dan tanah pembangunan mencatat peningkatan aktiviti transaksi pada separuh pertama 2022.
"Jumlah nilai transaksi juga bergerak seiring dengan mencatatkan pertumbuhan bagi semua subsektor harta tanah.
“Subsektor kediaman terus memacu pasaran dengan menguasai lebih 60 peratus daripada bilangan keseluruhan transaksi dan hampir 54 peratus daripada keseluruhan nilai transaksi,” katanya lagi.
Mohd Shahar berkata, ia diikuti oleh subsektor pertanian dengan syer hampir 22.1 peratus daripada segi bilangan, manakala subsektor perdagangan di tempat kedua dengan syer 16.6 peratus daripada segi nilai transaksi.
Mohd Shahar berkata demikian ketika berucap melancarkan Laporan Pasaran Harta H1 2022 di Institut Penilaian Negara, di sini pada Rabu.
Mengikut siaran media yang dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sektor harta tanah kediaman merekodkan 116,178 transaksi bernilai RM45.62 bilion dalam tempoh kajian, meningkatkan sebanyak 26.3% dalam bilangan dan 32.2% dalam nilai dari tahun ke tahun.
Empat negeri utama iaitu Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Johor dan Selangor membentuk kira-kira 47% daripada jumlah keseluruhan kediaman nasional.
Segmen harta tanah komersial merekodkan 15,169 transaksi bernilai RM14.02 bilion, meningkat sebanyak 45.4% dalam bilangan dan 28.3% dalam nilai berbanding tempoh sama tahun lalu.
Selangor menyumbang bilangan dan nilai yang tinggi kepada syer pasaran nasional dengan 26.5% dalam bilangan (4,025 transaksi) dan 33.5% in nilai (RM4.70 bilion).
Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, Kerajaan telah mempelbagaikan inisiatif bagi membantu meningkatkan aktiviti pasaran harta tanah negara.
“Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme – HOPE), Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia melalui i-Biaya, Skim Jaminan Kredit Perumahan, Skim Rumah Pertamaku (SRP), dan skim baru Rent-to-Own (RTO) telah dilihat berjaya membantu pembeli rumah terutama dari Kumpulan B40 dan M40.
“Di samping itu, Inisiatif i-Miliki yang membabitkan pemberian pengecualian penuh duti setem ke atas surat cara pindahmilik dan perjanjian pinjaman, bagi pembelian rumah pertama berharga RM500,000 dan ke bawah.
“Manakala 50% pengecualian untuk rumah berharga melebihi RM500,000 hingga RM1 juta juga telah dilihat dapat meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat yang belum memiliki rumah,” katanya lagi.
Bagi merancakkan aktiviti transaksi pasaran sekunder (subsale), Mohd Shahar berkata, pelepasan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi harta tanah yang dilupus mulai tahun keenam dan seterusnya turut diberikan kepada individu warganegara dan pemastautin tetap (PR).
Menyentuh mengenai Belanjawan 2023, Mohd Shahar berkata, Kementerian Kewangan sedang dalam fasa akhir merangka Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober 2022.
Sesi Jelajah Bajet ke seluruh negara, katanya lagi, telah dijalankan untuk mendapatkan input daripada pihak berkepentingan agar belanjawan yang disediakan nanti adalah bersifat inklusif dan menyeluruh demi kebaikan bersama.
Firdaus Azil
Wed Sep 14 2022

MOHD SHAHAR: Semua subsektor harta tanah iaitu kediaman, perdagangan, industri, pertanian dan tanah pembangunan mencatat peningkatan aktiviti transaksi pada separuh pertama 2022. -Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Wujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara - Mohd Shahar
Malaysia kini menyumbang 0.06 peratus dari 3,000 tan pengeluaran emas dunia dengan mengeluarkan sekitar 1.8 hingga 4.6 tan metrik setahun.
![[KOLUMNIS] Boikot rasuah sepertimana boikot produk berkaitan Israel [KOLUMNIS] Boikot rasuah sepertimana boikot produk berkaitan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730104182_MohdShaharAbdullah.jpg)
[KOLUMNIS] Boikot rasuah sepertimana boikot produk berkaitan Israel
Prinsip sepertimana memboikot produk Israel perlu diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia berkaitan isu memerangi rasuah yang perlu diperangi secara habis-habisan.

Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol
Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Dewan Rakyat: Selepas ali baba, kini rakyat bersaing dengan 'ali bangla' - MP Paya Besar
Dakwanya, rakyat perlu bersaing dengan kumpulan bukan warganegara, yang dilihat cuba memonopoli sektor pekerjaan termasuk bergelar pengusaha.

RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perbekalan 2023 dibaca kali pertama, bacaan kedua Jumaat ini
Menteri-menteri berkaitan akan diberi tempoh masa empat hari untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.

188,000 transaksi hartanah bernilai RM84 bilion dicatat pada H1 2022
Situasi tersebut menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus daripada segi bilangan dan nilai transaksi berbanding tempoh masa yang sama tahun 2021.

Lebih 34,000 unit kediaman siap dibina bernilai RM21.7 bilion tidak terjual
Hampir 60 peratus 'overhang' terdiri daripada harta tanah kondominium/ pangsapuri.

Tiada keperluan untuk kerajaan perkenalkan semula GST pada masa ini
Kerajaan masih belum di peringkat yang perlu untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Tiada perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 - Mohd Shahar
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah mengesahkan tiada perubahan tarikh bagi pembentangan Belanjawan 2023 setakat ini.