Kerajaan tidak bercadang membubarkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) buat masa ini, menurut Kementerian Kewangan.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata 1MDB merupakan projek jangka panjang untuk mengambil peluang ke atas pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi melabur dalam projek yang mempunyai nilai pengganda tinggi serta berinovasi.
"Antara pelaburan yang dijalankan 1MDB adalah Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan sektor tenaga," menurut Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) hari ini.
Dr Ko bertanya mengenai pencapaian 1MDB setakat ini untuk memacu Malaysia ke arah 2020 sejak ditubuhkan pada 2009. Beliau juga ingin tahu adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan kesemua keputusan dan transaksi penting serta sama ada 1MDB akan dibubarkan sebelum 2020.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis itu menyatakan TRX telah dikenal pasti oleh kerajaan sebagai projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi bagi mencapai lebih dua kali ganda pendapatan per kapita menjelang 2020.
"Projek yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM40 bilion dan mempunyai jangka masa pembinaan selama 15 tahun itu mempunyai visi membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan TRX sebuah bandar raya global," menurut kenyataan itu.
Mengenai Bandar Malaysia pula, Kementerian Kewangan berkata projek itu merupakan projek pembangunan semula lapangan terbang lama Sungai Besi di atas tanah seluas 196.7 hektar yang akan dilaksanakan sebaik sahaja proses pemindahan fasiliti Pangkalan Udara Kuala Lumpur selesai dilaksanakan.
"Sebahagian besar daripada kawasan projek itu turut diperuntukkan untuk pembangunan Rumah Mampu Milik," menurut jawapan itu.
Menurut Kementerian Kewangan, sektor tenaga pula merupakan satu daripada sektor fokus 1MDB menerusi anak syarikatnya Edra Energy. 1MDB merupakan pengeluar tenaga bebas antarabangsa terkemuka di Asia Tenggara dengan portfolio loji janakuasa dan penyahgaraman di lima negara.
Menurut jawapan itu, walaupun 1MDB berhadapan dengan isu ketidakserasian antara aliran masuk daripada operasi perniagaan serta penjualan aset dengan aliran keluar pembayaran keluar faedah hutang dan prinsipal, namun kerajaan mengambil pelbagai langkah dengan menjalankan kajian strategik serta melaksanakan Pelan Rasionalisasi.
"Antara hasil pelaksanaan Pelan Rasionalisasi adalah pembayaran semula hutang sebanyak US$975 juta dengan International Petroleum Investment Co (IPIC) di mana pelaksanaan kertas terma terikat dengan IPIC dijangka mengurangkan hutang syarikat sehingga RM16 bilion dan lebih RM1 bilion tanah di TRX telah dijual," menurut jawapan itu.
Bernama
Tue Mar 15 2016
TRX telah dikenal pasti oleh kerajaan sebagai projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi bagi mencapai lebih dua kali ganda pendapatan per kapita menjelang 2020. - Gambar fail
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.