KUALA LUMPUR: Kerjasama swasta dengan kerajaan perlu diteruskan dalam menangani cabaran baharu ekonomi termasuk yang datang daripada pelbagai perkembangan di seluruh dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pendekatan secara 'satu negara' diperlukan agar Malaysia mencapai matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang akhir 2025 walaupun ketika dunia menghadapi cabaran dalam bentuk ketidaktentuan geopolitik serta kesan pemanasan global.
"'Ini menyebabkan keadaan cuaca yang ekstrem serta tidak menentu yang mengakibatkan harga komoditi melambung selain menyebabkan gangguan rantaian bekalan.
"Saya menggesa sektor swasta untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi kepada rakyat dan negara yang dikasihi," katanya pada majlis makan malam Dewan Perniagaan dan Industri Cina di Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) semalam.
Mustapa berkata kerajaan mampu bertindak balas terhadap cabaran yang datang tetapi bersama -sama dengan sektor swasta, negara akan dapat menangani cabaran masa depan secara proaktif dan lebih awal.
Sementara itu, KLSCCCI semalam melancarkan penerbitan keduanya, "Outstanding Entrepreneurs 2.0 - A Heritage of Wisdom", yang menampilkan pengalaman dan kisah kejayaan 21 usahawan di negara ini.
Presiden KLSCCCI Datuk Ng Yih Pyng berkata buku itu mengiktiraf pencapaian luar biasa usahawan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

MUSTAPA: Saya menggesa sektor swasta untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memacu kemajuan sosio-ekonomi kepada rakyat dan negara yang dikasihi. - Gambar fail/BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.

Kerajaan seru kerjasama swasta diteruskan dalam menangani cabaran ekonomi
Pendekatan 'satu negara' diperlukan bagi mencapai matlamat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang akhir 2025.

Malaysia-China perlu tingkat kerjasama swasta, R&D
Kerjasama Malaysia-China dilihat mampu memperluaskan pasaran produk ke peringkat antarabangsa seperti menembusi dan memberi saingan kepada pasaran Amerika Syarikat, Kanada dan benua Eropah.