KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mempertimbangkan insentif fiskal untuk membantu syarikat telekomunikasi beralih kepada 5G bagi mengurangkan sebarang kesan komersial jangka pendek dalam menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ketersediaan dan penggunaan 5G menyumbang kepada cita-cita digital negara di samping memastikan kesalinghubungan sebagai hak asas rakyat Malaysia
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, 5G akan melonjakkan ekonomi sebanyak RM650 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi mulai sekarang dan tahun 2030. Oleh itu, kejayaan pelaksanaan 5G kita adalah soal kepentingan awam," katanya dalam temu bual dengan The Straits Times semalam.
Dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang, beliau berkata syarikat-syarikat telekomunikasi ini akan meraih faedah 5G tanpa memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan.
"Isu yang lebih besar ialah akses rakyat Malaysia dan perniagaan kepada teknologi 5G.
"Jika syarikat-syarikat telekomunikasi terutamanya yang lebih besar terus menangguhkan penyediaan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka seperti yang disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini, kementerian akan mempertimbangkan pilihan lain seperti mengeluarkan lesen baharu kepada pemain baharu untuk membolehkan penyediaan pantas perkhidmatan 5G di negara ini.
"Sememangnya kepentingan Malaysia dan rakyatnya mesti diutamakan daripada kepentingan komersial syarikat telekomunikasi," katanya.
Menurut Tengku Zafrul, peringkat pertama proses pengambilan ekuiti yang melibatkan pengumpulan maklum balas daripada syarikat-syarikat telekomunikasi mengenai dokumen perundingan sulit yang dikeluarkan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya diselesaikan pada awal Jun.
"Kita kini berada di peringkat kedua iaitu pengagihan 'Term Sheet' untuk penyertaan ekuiti syarikat telekomunikasi.
"'Term Sheet' ini meringkaskan terma-terma utama yang mana DNB akan ditadbir sebagai entiti dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan syarikat telekomunikasi sebagai pemegang saham. DNB dan syarikat telekomunikasi yang berminat kemudiannya akan berusaha untuk menandatangani 'Term Sheet" itu secepat mungkin," katanya.
DNB ialah syarikat tujuan khas Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
DNB ditubuhkan pada awal Mac 2021 untuk memacu pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
5G akan melonjakkan ekonomi sebanyak RM650 bilion dan mewujudkan 750,000 pekerjaan bernilai tinggi mulai sekarang dan tahun 2030.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
NR-REE: Perak lancar 2 inisiatif, pacu revolusi mineral negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu adalah langkah kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda perlombongan bertanggungjawab ekoran penemuan lantanida, sejenis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak.
#AWANIRingkas 4 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Oktober 2024
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Hashem dijadikan sasaran dalam serangan Israel di Beirut antara Khamis dan Jumaat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Oktober 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas
Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972.
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.
Pencapaian penting SSA tercapai, telco ambil pegangan ekuiti - DNB
DNB berkata ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Pakej 5G RAHMAH: 47,000 set telefon pintar tiba minggu ini - Fahmi
Kesemua telefon pintar itu akan diedarkan ke pusat pengedaran telco yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.
Syarikat telekomunikasi sokong Insentif Pascabayar Rahmah untuk pengamal media
Pengendali telekomunikasi memaklumkan bahawa insentif itu selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.
Scammer menyamar syarikat telekomunikasi tawar bil percuma
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan modus operandi penipuan terbabit.
Pemilikan ekuiti dalam DNB dijangka dimuktamadkan hari ini
DNB akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi beberapa pengumuman penting termasuk pelantikan CEO serta barisan kepimpinan baharunya.
PRN: MCMC pantau syarikat telekomunikasi bagi kapasiti rangkaian, liputan perkhidmatan
MCMC berkata ia akan sentiasa memantau liputan dan perkhidmatan telekomunikasi supaya berada dalam keadaan baik.