PUTRAJAYA: Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Dalam sidang media selepas sesi ujian kualiti perkhidmatan selular (panggilan suara) di sini hari ini, beliau berkata keputusan untuk tidak mengenakan bayaran bagi mendapat akses 5G itu dimaklumkan oleh semua ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi kepada beliau.
"Sehubungan itu, pengguna mempunyai pelbagai pilihan penawaran pelan dan perkhidmatan tambahan berdasarkan kesesuaian penggunaan individu. Pengguna bagaimanapun perlu memastian peranti yang digunakan menyokong rangkaian 5G," katanya.
Pada 7 Nov 2023, Fahmi dilaporkan berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi (telco) yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
Sementara itu, Fahmi menggesa semua pengendali rangkaian mudah alih untuk memberi perhatian serius terhadap segala permasalahan berkaitan telekomunikasi yang diutarakan rakyat.
"Rakyat berhak mendapatkan perkhidmatan berkualiti yang setimpal nilainya dengan langganan perkhidmatan," katanya.
Ditanya status capaian rangkaian 5G di Malaysia ketika ini, beliau berkata perkara berkenaan akan diumumkannya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Fahmi berkata turut akan diumumkan ialah status Digital Nasional Bhd (DNB) sama ada diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi atau Kementerian Digital.
"Dua-dua ini akan saya umum esok. Saya kena bawa ke Kabinet dulu," katanya.
Anwar ketika melaksanakan rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan pada 12 Dis lepas mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Fahmi menggesa semua pengendali rangkaian mudah alih untuk memberi perhatian serius terhadap segala permasalahan berkaitan telekomunikasi yang diutarakan rakyat. - Gambar fail/Bernama

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.

Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.

Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.

Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.