KUALA LUMPUR: Sejumlah 47,000 set telefon pintar jenama Samsung dan Honor bagi Pakej 5G RAHMAH tiba di Malaysia minggu ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kesemua telefon pintar itu akan diedarkan ke pusat pengedaran syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam menyediakan Pakej 5G RAHMAH.
"Pihak telco memaklumkan ia adalah satu jumlah yang mencukupi dan mereka akan pantau untuk pastikan jumlah peranti ini terus mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sungai Klang di Jalan Klang Lama di sini semalam.
Pakej 5G RAHMAH ditawarkan untuk semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos lepas dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
Pakej tersebut menawarkan spesifikasi asas pelan data 5G melibatkan telefon pintar jenama Samsung dan Honor berharga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).
Ditanya mengenai sambutan rakyat terhadap inisiatif itu, Fahmi berkata maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif dengan ramai yang sedang meneliti pelbagai pakej berbeza yang disediakan oleh telco.
"Ramai yang sangat berminat, malah ada yang bertanya jika model telefon sekian ada ataupun tiada di pasaran (di bawah Pakej 5G RAHMAH)," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan kerajaan menyekat kebebasan media, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bersikap "kuku besi" dan akan terus mempertahankan kebebasan media.
Katanya, tindakan hanya akan diambil sekiranya pelaporan berita mengandungi perkara yang berunsur fitnah atau maklumat palsu.
"Saya ambil contoh sewaktu Pilihan Raya Negeri (baru-baru ini), ada satu berita yang telah diterbitkan oleh satu media tersohor menyatakan ada seorang ahli politik yang telah ditahan oleh pihak polis tetapi terbukti perkara itu palsu," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap agensi media dapat mengadakan perbincangan agar perkara seperti itu tidak berulang.
"Dalam kita membuat pelaporan, menjadi yang pertama dalam mendapatkan berita sama penting dengan untuk mendapatkan fakta yang tepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Fahmi mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bersikap 'kuku besi' dan akan terus mempertahankan kebebasan media. - Gambar fail/Bernama
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Pakej 5G RAHMAH, insentif pascabayar RAHMAH penjawat awam dilancar hari ini
Pakej 5G RAHMAH ditawarkan bermula 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan, terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia.