KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan sebanyak 7,424 permohonan dengan jumlah nilai pinjaman RM1.393 bilion di bawah program Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 16 April, 2021.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata di bawah program tersebut, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion yang mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.
Bagi tempoh yang sama, katanya, seramai 12,662 PKS mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan telah menerima manfaat Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM421.1 juta.
Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-51, yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Setakat 16 April, terdapat 644 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 321 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta," katanya.
Sebagai sokongan kepada penggunaan teknikal dan digital bagi PKS dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC), sejumlah RM65.3 juta telah disalurkan kepada 13,864 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.
Bagi program subsidi upah (PSU) 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah PRIHATIN dan PENJANA, dan setakat 16 April, permohonan subsidi upah yang diluluskan telahpun mencapai nilai RM12.872 bilion.
"Sementara itu, di bawah KITA PRIHATIN pula, kita ada Program Subsidi Upah (PSU 2.0) dan setakat 16 April, sejumlah RM1.148 bilion telah disalurkan kepada 73,210 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 631,801 pekerja.
"Di bawah program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, seramai 132,403 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini, dan antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit," katanya.
Tengku Zafrul berkata antara inisiatif lain kerajaan termasuklah elaun khas barisan hadapan dan setakat 16 April, sebanyak RM656.57 juta telah disalurkan berdasarkan 1,876,632 tuntutan berbanding RM647.33 juta berdasarkan 1,822,927 tuntutan pada minggu sebelumnya kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19.
Katanya, elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota (RELA) yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Bagi inisiatif di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana), sebanyak RM3.01 juta telah disalurkan kepada 469 penerima berbanding RM 2.43 juta yang disalurkan kepada 441 penerima sebelum ini.
"Penerima terdiri daripada kalangan seniman, kolektif dan organisasi yang terlibat aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 30 2021
Menurut Tengku Zafrul, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19. - Gambar fail
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana di sini semalam.
ASEAN-Malaysia 2025 [7/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengurus insurans rugi RM1.393 juta terperdaya pelaburan dalam talian
Seorang pengurus insurans mengalami kerugian RM1.393 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian, November lepas.
ASEAN-Malaysia 2025 [8/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.
PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.
Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.