MELANGKAH ke tahun 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi sektor operasinya, terus memberikan perhatian dan keutamaan terhadap kes-kes yang melibatkan pengurusan dana, subsidi dan bantuan-bantuan khas kerajaan.
Dalam hal ini, di bawah strategi “Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan”, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.
Pertama, dalam bidang perolehan kerajaan, tumpuan SPRM siasatan adalah untuk membanteras amalan rasuah dalam sistem perolehan kerajaan, mengelakkan daripada ketirisan dan memastikan projek-projek atau perkhidmatan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Tumpuan akan turut diberikan kepada kegiatan monopoli projek (kartel projek), projek-projek terbengkalai dan projek-projek sakit yang menyebabkan kerugian besar kepada Kerajaan dan melibatkan kes grand corruption seperti individu berprofil tinggi, kes berkepentingan awam dan kes sensitif.
Kedua, menerusi bidang sektor penguatkuasaan pula, tumpuan SPRM adalah terarah kepada pembongkaran kes-kes bersindiket (syndicated crime) atau jenayah terancang yang memberi kesan kepada aspek sosioekonomi masyarakat seperti penyeludupan, perjudian, pemerdagangan manusia, pekerja asing tanpa izin, perlesenan, percukaian dan Macau Scam. SPRM percaya, terdapatnya tali barut di kalangan pegawai dan anggota agensi penguat kuasa dalam membantu kegiatan penjenayah-penjenayah ini.
Ketiga, bidang dana awam atau peruntukan khas kerajaan, tumpuan SPRM adalah terhadap isu-isu ketirisan dan ketelusan pengurusan dana Kerajaan yang hendak disalurkan kepada golongan sasar. Saban tahun, SPRM menerima rungutan dari pelbagai lapisan masyarakat tentang ketidakcekapan pengagihan dana-dana awam, ketirisan, penyelewengan dan tidak mencapai objektif pelaksaannya.
Dana-dana ini adalah seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Skim Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Skim Bantuan Kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS).
Menyentuh berkaitan usaha membanteras ketirisan dan penyelewengan dana awam ini, SPRM pada tahun lalu telah melancarkan satu operasi khas yang dinamakan sebagai “Ops Hire”. Siasatan yang melibatkan kolaborasi strategik antara SPRM bersama PERKESO telah digerakkan sejak Julai 2022 dan dilaksanakan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Fokus siasatan adalah terhadap syarikat-syarikat yang disyaki melakukan jenayah rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan bagi mendapatkan dana Kerajaan di bawah program PENJANA melalui PERKESO.
Jumlah peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan untuk program PENJANA ini adalah RM3.5 bilion dalam tiga peringkat iaitu: PENJANA KERJAYA 1.0 (1 Jun 2020 – 20 Disember 2020), PENJANA KERJAYA 2.0 (21 Disember 2020 – 30 Jun 2021), dan PENJANA KERJAYA 3.0 (fasa pemulihan) iaitu dari 15 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2023. Objektif pemberian dana ini oleh Kerajaan adalah untuk merangsang ekonomi
semasa tempoh pendemik COVID-19 melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan Pekerja.
Dalam kes ini, suspek-suspek dikesan telah mengambil kesempatan atas syarat-syarat longgar yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan mengemukakan permohonan mendapatkan dana PENJANA menggunakan dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat pekerja dan program latihan yang palsu kepada PERKESO. Hasil siasatan mengesahkan bahawa individu-individu yang didakwa sebagai kakitangan kepada
syarikat suspek adalah tidak dapat dibuktikan dan program latihan juga tidak dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana tuntutan.
Melalui operasi ini, seramai 74 individu telah ditangkap dan 61 buah syarikat turut disiasat. Siasatan mendapati jumlah yang terlibat dengan jenayah ini adalah sebanyak RM87,980,757.29. Sehingga19 Januari 2023, seramai 27 individu telah didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana nilai keseluruhan tuntutan palsu adalah
RM4,927,440.00. Wang hasil daripada aktiviti jenayah ini berjumlah RM 3 juta juga telah berjaya dilucuthakkan kepada Kerajaan. Ramai lagi suspek dijangka akan didakwa dalam masa terdekat selepas siasatan ke atas mereka diselesaikan.
Walaupun ramai suspek telah didakwa, siasatan ke atas isu ini akan tidak berakhir di sini sahaja. Siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu-individu atau syarikat-syarikat yang disyaki terlibat melakukan jenayah rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan bagi mendapatkan dana Kerajaan di bawah program PENJANA. SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam isu ini.
Di samping itu juga, sektor pencegahan melalui fungsi pemeriksaan dan perundingan juga akan menumpukan kepada penelitian amalan, sistem dan tatacara agensi-agensi awam terutamanya yang terlibat dengan pengurusan dana atau geran Kerajaan bagi menutup ruang dan peluang berlakunya jenayah.
Datuk Seri Hishamuddin Hashim
Pengarah Kanan Siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kenyataan Media
Thu Jan 19 2023

Melalui Ops Hire ini, seramai 74 individu telah ditangkap dan 61 buah syarikat turut disiasat. - Gambar/ SPRM

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

SPRM reman penjawat awam terima rasuah daftarkan pusat jagaan
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Proses rakaman keterangan Ismail Sabri esok ditangguh lagi
Proses rakaman kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ditangguh ke 13 Mac ini.

Pegawai Integriti SPRM digesa tambah baik tatakelola agensi
Pegawai SPRM di Unit Integriti digesa mengenal pasti kelemahan sistem dan prosedur temasuk undang-undang atau peraturan lapuk untuk ditambah baik.

SPRM tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000
Suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah dan perintah reman selama lima hari dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Persepsi negatif terhadap SPRM yang mengaitkan agensi itu dengan bersikap pilih bulu adalah berdasarkan kepada statistik siasatan badan berkanun itu.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.