Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak boleh ditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang dan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas dan Taska Permata peringkat Parlimen Alor Setar di sini, semalam, Ahmad Bashah berkata perkara tersebut menjadi isu kerana banyak lagi projek kerajaan negeri juga mengalami kerugian.
Katanya, ini khusus bagi sebuah syarikat yang dibenarkan membuat pinjaman besar untuk menjalankan perniagaan di Papua New Guinea.
"Segala kepincangan ini (seperti dalam laporan audit) mesti diberi penjelasan. Kita mahu kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu dan pegurusan syarikat terlibat dan janganlah berdiam diri," katanya.
"Selama ini mereka menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) berbelanja boros tapi hari ini ternyata mereka sebenarnya yang boros sehingga melibatkan kerugian yang besar.
"Saya percaya rakyat akan menghukum kerajaan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi sebelum itu kita akan bawa isu kerugian GLC ini ke persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 Nov ini," katanya.
Ahmad Bashah berkata beliau dimaklumkan kerajaan negeri menyalahkan pegawai tadbir negeri (KCS) dalam isu projek perumahan yang rugi seperti dinyatakan dalam laporan Audit Negara.
"Kalau betul pegawai yang bersalah hendaklah diambil tindakan, tetapi Menteri Besar dan kerajaan negeri yang berkuasa mesti bertanggungjawab atas segala kelemahan dan jangan menuding jari kepada orang lain," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan tentang pelaburan projek balak di Papua New Guinea yang merugikan membabitkan syarikat berkenaan meminjam RM135 juta daripada bank, manakala projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dilaporkan mengeluarkan kontrak dan membuat pembayaran yang meragukan.
Roshdi Lidun
Mon Oct 22 2012
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521010577_RafiziRamli.jpg)
LTAT tarik balik saman terhadap Rafizi
Peguam, Saiful Izham Ramli yang mewakili Rafizi selaku defendan berkata, persetujuan itu direkodkan oleh pihak-pihak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim semalam.
![Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61388196445_295x200.jpg)
Terima BR1M lebih sekali, 4,771 penerima disenarai hitam
Sejumlah 72.5 peratus daripada 6,577 penerima telah membuat penunaian lebih daripada sekali bagi tempoh 2012 hingga tahun lalu.
![Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428308337_295x200.jpg)
Audit: Projek Kompleks Pakar HKL lewat kerana masalah elektrik, kebakaran
Projek pembinaan SCACC HKL lewat disiapkan kerana masalah bekalan elektrik dan kes kebakaran, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014.
![Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361839560_295x200.jpg)
Kelantan tidak wartakan kadar premium sebenar dalam pengurusan balak - Audit
Kelemahan penguatkuasaan JPNK menjadi sebab berlakunya isu seperti tidak mewartakan kadar premium selain beberapa aktiviti penebangan haram.
![Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/71352004434_295x200.jpg)
Audit telus, bebas dan menyeluruh penting untuk bersihkan imej 1MDB - Muhyiddin
Audit forensik perlu dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB bagi memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur.