KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia, kata ahli-ahli ekonomi.
Ketua jualan ekuiti Rakuten Trade Vincent Lau berkata, kenaikan OPR, selepas dikekalkan pada Januari dan Mac tahun ini dijangka merupakan yang terakhir bagi tahun 2023.
"Kenaikan kadar itu sememangnya satu langkah mengejut kerana pandangan konsensus menjangkakan tiada kenaikan kali ini," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya, saham perbankan dijangka mendapat manfaat daripada pengumuman yang dibuat oleh BNM itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya hari ini yang membawakan kembali kadar faedah penanda aras tersebut ke paras sebelum pandemik.
Begitu juga, MIDF Research menjangkakan OPR akan kekal status quo sekurang-kurangnya sehingga akhir 2023, dan percaya tumpuan penetapan dasar monetari BNM ketika ini adalah untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.
"Dengan OPR dipulihkan ke tahap sebelum pandemik, kami yakin BNM akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat, terutamanya memantau perkembangan bank-bank pusat utama," katanya.
Jika ekonomi domestik Malaysia meningkat lebih baik daripada jangkaan, firma penyelidikan itu menjangka BNM akan mengoptimumkan bahagian kewangannya dengan menormalkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus tahun ini.
Namun begitu, MIDF Research berkata keputusan itu tertakluk kepada kestabilan pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga dan peningkatan selanjutnya dalam keadaan makroekonomi, khususnya pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan permintaan domestik yang semakin meningkat.
Selain itu, ia berkata penormalan kadar dasar diperlukan untuk mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan kestabilan prospek ekonomi pada masa depan seperti inflasi yang berterusan tinggi dan peningkatan lagi dalam keberhutangan isi rumah dari perspektif jangka sederhana.
Mengenai prestasi ringgit, MIDF Research berkata mata wang tempatan itu pada asasnya berada dalam kedudukan yang baik memandangkan ekonomi domestik berada pada momentum yang memberangsangkan dan sebagai pengeksport bersih petroleum mentah, gas asli cecair (LNG) dan minyak sawit, Malaysia akan mendapat manfaat daripada harga komoditi yang meningkat.
Firma penyelidikan itu optimis ringgit akan meningkat lebih pantas sebaik sahaja Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menamatkan kenaikan kadarnya, justeru ia mengekalkan unjurannya bagi Dolar AS/Ringgit Malaysia kepada purata pada RM4.20 setiap US$1 dan mengakhiri tahun 2023 pada RM4.00.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata BNM mempunyai ruang dasar yang selesa untuk digunakan apabila terdapat keperluan untuk bertindak balas terhadap kejutan ekonomi pada paras 3.00 peratus.
"Ini benar terutamanya apabila prospek pertumbuhan global kemungkinan mencabar pada masa hadapan berikutan kekangan mudah tunai global serta kadar inflasi yang lebih tinggi," katanya sambil menambah kenaikan OPR berlaku pada masa yang tepat.
Sementara itu, OCBC Bank berkata dengan BNM menilai bahawa pendirian dasar monetari agak akomodatif dan kekal menyokong ekonomi, ia menunjukkan bahawa keadaan dasar monetari yang lebih longgar tidak akan dilaksanakan buat masa ini.
"Kami menjangkakan BNM mengekalkan kadar tersebut sepanjang tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2023
Vincent Lau berkata kenaikan OPR, selepas dikekalkan pada Januari dan Mac tahun ini dijangka merupakan yang terakhir bagi tahun 2023. - Gambar fail/Daganagnews
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Malaysia dan Indonesia baharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala
Kedua-dua bank pusat itu memeterai pembaharuan LCBSA susulan perjanjian pertama yang dimeterai pada 2019 dan diperbaharui pada 2022.
Ringgit mengukuh susulan penurunan kadar AS, prospek positif ekonomi Malaysia - BNM
Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.
Bank Negara dijangka tidak ikuti penurunan kadar faedah Fed AS - Penganalisis
Bank Negara dijangka tidak mengikuti langkah agresif Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang telah menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.