KUALA LUMPUR: Peningkatan had hutang statutori kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bertujuan membolehkan kerajaan mempunyai lebih banyak ruang untuk membiayai defisit bajet dalam jangka sederhana serta menampung pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12.
Ketika menegaskan kepentingan langkah itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun had hutang itu dinaikkan kepada 65 peratus, apa yang lebih utama adalah kemampuan kerajaan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
"Jikalau kita bertindak secara melulu dengan tiba-tiba tidak mahu berbelanja atau membuat polisi fiskal yang mengembang, maka ekonomi kita (sebaliknya) tidak dapat pulih lebih cepat daripada yang diharapkan.
"Oleh itu, tanggung jawab utama kerajaan adalah untuk memastikan kedudukan kewangannya kekal stabil supaya ia bersedia serta berupaya melaksanakan langkah kitaran balas sekiranya krisis berlaku," katanya dalam program wawancara khas 'Bajet 2022 Dari Rakyat Untuk Rakyat' yang disiarkan di Bernama TV dan Astro AWANI, malam tadi.
Tengku Zafrul berkata, unjuran hasil kerajaan bagi 2022 adalah tidak mencukupi untuk membiayai kesemua program-program diumumkan dalam Bajet 2022 pada Jumaat, terutama bagi projek-projek besar.
Menurutnya, berikutan itu kerajaan akan mempunyai defisit sebanyak 6.0 peratus berdasarkan pertumbuhan KDNK sekitar 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada tahun depan.
"Ini lebih daripada defisit tahun ini yang diunjurkan 6.5 peratus. Tapi, oleh kerana KDNK kita dijangka bertambah baik pada tahun depan, ini membantu menurunkan kadar defisit walaupun kita mempunyai polisi fiskal mengembang dengan jumlah peruntukan RM332.1 bilion.
"Oleh itu, 6.0 peratus ini lebih kurang RM100 bilion defisit yang perlu kita biaya melalui hutang. Alhamdulillah, kita mempunyai keupayaan untuk meminjam pada tahun depan," katanya.
Menurutnya, ketika pengumumuan Bajet 2021, kerajaan menjangkakan bahawa 2022 sebagai tahun pemulihan.
Bagaimanapun, katanya, bajet tersebut dirangka sebelum penghasilan vaksin COVID-19 serta kewujudan varian-varian baharu seperti Delta.
"Sehubungan itu, kita tidak boleh menganggap situasi ini tidak boleh berlaku. Kita perlu sentiasa menjangkakan keadaan itu dan perlu ada perancangan lain," katanya.
Beliau menegaskan atas alasan itu, Dewan Rakyat pada 11 Oktober lepas telah meluluskan peningkatan had siling Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion serta kenaikan had hutang statutori Kerajaan Persekutuan kepada 65 peratus daripada KDNK berbanding 60 peratus.
"Menerusi kelulusan ini, kerajaan telah mempunyai ruang untuk meminjam dan berbelanja lebih demi membantu dan kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan," katanya.
Menyentuh cabaran utama menyediakan Bajet 2022, Tengku Zafrul berkata ia melibatkan aspek merangka belanjawan yang mampu memenuhi keperluan pelbagai pihak, terutama apabila kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk membantu rakyat serta perniagaan sejak tahun lepas.
Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera di Dewan Rakyat semalam yang melibatkan peruntukan RM332.1 bilion iaitu tertinggi berbanding sebelum ini dengan menumpukan usaha memulihkan setiap segmen sosioekonomi negara ini.
Jumlah itu merangkumi RM233.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021
Unjuran hasil kerajaan bagi 2022 adalah tidak mencukupi untuk membiayai kesemua program-program diumumkan dalam Bajet 2022. - Gambar hiasan
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
TVET Jerman, peruntukan RM1.2 bilion NSS bagi tangani kekurangan bakat - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bersetuju beri sokongan fiskal RM25 bilion dalam merealisasikan Strategi Semikonduktor Kebangsaan.
Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul
BlackRock pegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di dunia dan dana-dana berdaulat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Indonesia.
Kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik - Tengku Zafrul
Kerajaan yakin kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik berbanding 2024, dipacu oleh antaranya peningkatan eksport produk berteknologi tinggi.
Malaysia catat peningkatan, luluskan pelaburan RM83.7 bilion suku pertama 2024
Malaysia mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.
Kelemahan ringgit beri impak besar kedudukan Malaysia dalam Daya Saing Dunia IMD 2024 - Tengku Zafrul
Penurunan kedudukan Malaysia dalam senarai Ranking Daya Saing Dunia IMD 2024 adalah disebabkan faktor kelemahan mata wang ringgit.
Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini - Tengku Zafrul
Perincian kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) akan diperjelaskan hari ini.
Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara.
MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara
MITI akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyokong artis tempatan mengeksport produk mereka.
Perdagangan Malaysia-Jepun diunjur melonjak tahun ini - Tengku Zafrul
Perdagangan Malaysia dengan Jepun dijangka melonjak tahun ini, didorong oleh pelaburan khususnya dalam sektor semikonduktor dan tenaga boleh baharu, kata Tengku Zafrul.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.