MIDF Research melihat masih terdapat kemungkinan terhadap cadangan penswastaan KPJ Healthcare Bhd. meskipun kumpulan rangkaian penjagaan kesihatan itu mengumumkan tidak menerima mana-mana cadangan sedemikian setakat ini.
Awal bulan ini, Johor Corp. (JCorp) dan firma dana ekuiti dari Amerika Syarikat (AS), TPG Capital dilaporkan untuk mempertimbangkan mengenai pelan penswastaan KPJ yang akan meningkatkan nilai kumpulan kepada RM5.4 bilion.
Cadangan itu menyaksikan harga saham KPJ mungkin mencecah sehingga antara RM1.20 hingga RM1.25 sesaham.
"Selain TPG, ekuiti persendirian lain juga dipercayai sedang mempertimbangkan untuk mengambilalih KPJ yang memiliki 28 rangkaian hospital di seluruh negara," katanya dalam nota kajian hari ini.
Pada 6 Oktober lalu, KPJ mengesahkan tidak menerima tidak menerima sebarang cadangan penswastaan daripada mana-mana pihak setakat ini.
Sebaliknya, kumpulan itu berkata, akan membuat pengumuman penting seperti mana dikehendaki oleh Syarat Penyenaraian Papan Utama jika dan apabila cadangan itu diterima.
Setakat 9.43 pagi ini, saham KPJ susut 2 sen atau 1.75% kepada RM1.12 dengan 179,200 saham diniagakan.
Firma itu menyemak turun penarafan KPJ kepada 'neutral' berbanding 'beli' sebelum ini dengan harga sasaran tidak berubah pada RM1.12.
Jumaat lalu, KPJ bersama Al Aqar Australia Pty Ltd (AAA) menyemak semula kadar sewa hartanah milik AAA yang digunakan KPJ Jeta Gardens sebagai pusat penjagaan warga tua di Brisbane , Australia menerusi perjanjian sewa baharu.
Hartanah itu dinilai pada harga AUD28.5 juta (RM87.9 juta) berdasarkan kadar asas sewa yang disemak semula kepada 6.5%, berkuat kuasa 2 Oktober 2021 hingga 1 November 2023. Jeta Gardens adalah anak syarikat KPJ, yang memiliki 57.2% pegangan.
"Berdasarkan kepada pandangan KPJ mengenai semakan semula kadar sewa ini, kami percaya ia adalah munasabah dengan mengambil kira keadaan semasa.
"Malah, kami juga mendapati, semakan semula ini tidak memberi kesan kepada keseluruhan operasi KPJ, prestasi kewangan dan pemegangan saham.
"Bagaimanapun, kami menyemak turun penarafan KPJ. Kami percaya sektor penjagaan kesihatan akan mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi," katanya.
Namun, MIDF Research berkata, terdapat risiko penurunan dalam semakan semula itu meskipun ia tidak memberi sebarang kesan kepada prestasi kumpulan.
Ini termasuklah ketidakpastian operasi Jeta Gardens, industri penjagaan warga emas yang tidak menentu di Australia dan kos operasi yang tinggi disebabkan pandemik yang berterusan dan menyediakan rawatan perubatan tambahan kepada penyewa di Jeta Gardens.
"Australia sedang berusaha untuk bangkit kembali kepada fasa pemulihan ekoran sekatan pergerakan baru-baru ini, yang menyebabkan kelembapan aktiviti ekonomi.
"KPJ pula sebelum ini melaporkan kadar penghunian bagi hartanah itu jatuh kepada 79% pada akhir 2020, justeru, kami berpendapat penularan wabak baru-baru ini dan tambahan kepada operasi sempadan yang ketat, kadar penghunian Jeta Gardens akan terus terkesan dalam tempoh terdekat," jelasnya.
Pada masa sama, firma itu melihat kadar sewa yang rendah akan menyokong kadar penggunaan yang rendah, di samping mengekalkan kualiti dan tempoh operasi bagi hartanah berkenaan.
"Malah, Australia turut memperkenalkan pelbagai langkah fiskal dan monetari pada Mac 2020 termasuk kadar faedah rendah bagi membantu pemulihan ekonomi, dan ini dilihat memainkan peranan penting bagi mengimbangi kadar penghunian yang rendah di Jeta Gardens," katanya.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 18 2021
Setakat 9.43 pagi ini, saham KPJ susut 2 sen atau 1.75% kepada RM1.12 dengan 179,200 saham diniagakan. - Foto DagangNews
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.
Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.