Next Bike Sdn Bhd, pengedar motosikal Ducati di Malaysia, yakin ia akan dapat mencapai pertumbuhan jualan lebih daripada 15 peratus dari tahun ke tahun bagi jenama tersebut pada tahun depan.
Naib Presiden Kedua, Fazli Hisham berkata pertumbuhan ini akan dipacu oleh enjin V4 terbaharu Ducati, 'Desmosedici Stradale' yang akan menjana motosikal berkuasa tinggi generasi akan datang, Ducati Panigale.
"Kami jangka pertumbuhan tersebut akan naik sekitar 15 hingga 20 peratus pada tahun depan.
"Daripada enjin L-Twin, semua model Panigale mulai tahun depan akan menggunakan enjin V4 yang baharu," katanya kepada Bernama selepas pelancaran SuperSport Ducati 2017 untuk pasaran tempatan di sini baru-baru ini.
Fazli berkata, model Panigale V4 baharu dengan enjin terkini itu akan dipamerkan pada Pameran Motosikal Dunia ke-75 (juga dikenali sebagai EICMA) di Milan, Itali pada bulan November.
Motosikal berkuasa tinggi itu akan mempunyai versi lejang panjang (81 mm x 53.5 mm), memberikan anjakan sebanyak 1,103cc untuk lebih kuasa pertengahan dan tork.
"Pengalaman yang diperolehi daripada perlumbaan Grand Prix akan digunakan bagi membangunkan enjin pengeluaran standard V4 untuk semua generasi motosikal tinggi Ducati yang akan datang.
"Mulai tahun depan, kami akan memperkenalkan kira-kira 10 varian daripada tiga model Ducati untuk pasaran tempatan. Ini termasuk motorsikal berkuasa tinggi Panigale serta motosikal jelajah Multistrada dengan enjin yang lebih besar sehingga 1260cc dan beberapa model scrambler," katanya.
Dengan jangkaan jualan yang lebih tinggi pada tahun depan, Fazli berkata syarikat meletakkan keutamaan bagi membina asas yang kukuh termasuk meningkatkan pusat Ducati 3S (Bahagian jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di seluruh negara.
"Daripada empat pusat 3S kami pada masa sekarang, kami berhasrat untuk menambah empat pusat 3S lain di seluruh negara dan kami akan bekerjasama dengan para pelabur yang ghairah untuk mencapai hasrat ini.
"Pengembangan ini akan meliputi lokasi-lokasi di Sabah, Sarawak, dan secara tentatif di Perak dan Melaka," katanya
Menurut Fazli, bagi tahun ini, Next Bike yakin akan dapat mencapai sekurang-kurangnya 5 peratus pertumbuhan jualan selepas berjaya menjual 300 unit pada 2016.
"Secara keseluruhan, perniagaan Ducati di Malaysia adalah positif. Kami berada di landasan yang betul untuk mengakhiri tahun ini dengan sekurang-kurangnya lima peratus tambahan daripada tahun lepas, disokong oleh motosikal berkuasa tinggi kami yang paling popular seperti Panigale 959 dan motorsikal jelajah Multistrada, yang dijangka dapat menyumbang kira-kira 45 peratus daripada angka jualan keseluruhan kami," katanya.
SuperSport Ducati 2017 yang diimport oleh Next Bike dijual pada harga kasar sebanyak RM80,899, manakala varian SuperSport S dijual pada harga RM88,899.
""Kami akan membawa masuk antara 10 dan 15 unit sahaja pada tahun ini, bagi memenuhi permintaan eksklusif di pasaran tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2017

Bagi tahun ini, Next Bike yakin akan dapat mencapai sekurang-kurangnya 5 peratus pertumbuhan jualan selepas berjaya menjual 300 unit pada 2016.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.

PKS Jerman semakin beralih ke India - Tinjauan
Amerika Syarikat pula semakin hilang populariti sebagai sebuah lokasi perniagaan menurut satu tinjauan baharu.

Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.

Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.

PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan

Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.

Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.

MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.

Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.