KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM36.61 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.41 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional yang merangkumi dua tender masing-masing bernilai RM1 bilion untuk tujuh dan 14 hari, selain satu tender bernilai RM500 juta bagi 21 hari.

BNM juga akan melaksanakan dua tender Qard masing-masing bernilai RM2.7 bilion bagi tujuh hari dan RM600 juta untuk 14 hari, selain satu tender repo berbalik RM800 juta untuk 89 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM33.9 bilion dan tender semalaman Murabahah RM20.1 bilion.

-- BERNAMA