KUCHING: Jumlah pencapaian nilai jualan kraf bagi Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada prestasi jualan keseluruhan negara yang bernilai RM211 juta tahun ini, sekali gus melepasi sasaran RM200 juta yang ditetapkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata nilai jualan kraf di kedua-dua negeri itu setakat 30 Sept lepas telah meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021, dengan Sabah dan Sarawak masing-masingnya mencatatkan nilai jualan kraf RM15.8 juta dan RM14.9 juta.
"Nilai jualan kraf yang dijana bagi kedua-dua negeri ini menunjukkan pencapaian sebanyak RM30.7 juta iaitu peningkatan 19 peratus untuk tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM25.7 juta," katanya ketika berucap di Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo (FKTB) 2022, di sini, malam tadi.
Ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Saraya Arbi.
Menurutnya penganjuran FKTB bersempena 'Kuching Waterfront Festival' yang diadakan dari 28 Okt hingga 6 Nov, dengan penglibatan 120 usahawan kraf dari Sarawak dan Sabah.
Festival itu turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti jualan kraf, pameran produk kraf, pameran kempen 'Ini Batik Malaysia', demonstrasi kraf dan interatif kraf.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022
Nancy (kanan) mengiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang melawat pameran kraf pada Malam Gala sempena Festival Kraf Tekstil Borneo 2022 di Kuching, 4 Nov 2022. --fotoBERNAMA
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jualan kraf di Sabah dan Sarawak bantu negara lepasi sasaran RM200 juta - Nancy
Nilai jualan kraf di kedua-dua negeri itu setakat 30 Sept lepas telah meningkat 19 peratus.
Prestasi Kraftangan Malaysia pada tahap amat memberangsangkan
Daripada jumlah RM370 juta, RM24.2 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sarawak dan RM37.1 juta merupakan nilai jualan kraf bagi negeri Sabah.