KUALA LUMPUR: Johor Port Bhd merangkul 'Anugerah Syarikat Paling Berpengaruh di Asia' pada Anugerah Kecemerlangan dan Kemampanan Korporat Asia (ACES) 2021 dan Anugerah Kecemerlangan Industri bagi Sektor Perkhidmatan di bawah Kategori 4, serta Anugerah Perdana Menteri baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Md Derick Basir berkata pelabuhan itu telah mengambil pelbagai inisiatif untuk berinovasi dan menjadikan Pelabuhan Johor sebagai salah satu daripada pelabuhan pelbagai guna paling cekap di rantau ini.
"Anugerah ini adalah bukti kemampuan kami dalam memahami dan menampung keperluan pasaran serta dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah Anugerah Perdana Menteri itu merupakan penganugerahan tertinggi pada majlis anugerah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Md Derick berkata meskipun tahun yang amat mencabar bagi mereka akibat pandemik COVID-19, Johor Port terus beroperasi secara optimum tanpa sebarang gangguan terhadap aktiviti import, eksport dan logistiknya.
Beliau berkata Johor Port mengekalkan unjuran pertumbuhan volum keseluruhan tahun ke tahun sebanyak satu peratus pada 2021.
Pelabuhan itu juga melancarkan pelan penambahbaikan operasi terminal kontenanya yang memfokuskan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan limbungan.
Ini telah menghasilkan pergerakan kasar sejam (GMPH) yang lebih baik sebanyak 25 kren berbanding GMPH sebanyak 22 kren sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022

Pelabuhan itu telah mengambil pelbagai inisiatif untuk berinovasi dan menjadikan ia antara pelabuhan paling cekap di rantau ini. -Gambar fail/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Johor Port rangkul tiga anugerah utama
Pelabuhan itu telah mengambil pelbagai inisiatif untuk berinovasi dan menjadikan ia antara pelabuhan paling cekap di rantau ini.

Johor Port terima Anugerah Perdana Menteri sempena AKI 2020
Anugerah tersebut disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Johor Port raih anugerah kecemerlangan prestasi global 2018
Johor Port Bhd, ahli Kumpulan MMC, meraih Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global 2018 - Kelas Dunia daripada Asia Pacific Quality Organisation.