Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 yang diadakan di sini bakal memberikan manfaat kepada usahawan dan masyarakat dalam meningkatkan ekonomi.
Timbalan Menterinya Datuk Chua Tee Yong berkata program dua hari bermula semalam itu bukan sahaja membantu mempromosikan produk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) malah memberi pendedahan kepada usahawan dan masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan MITI serta agensinya.
"Sebagai contoh, usaha menggunakan digital dalam bidang keusahawanan. Jadi, hari ini, salah satu peranan MITI dan agensi adalah memberi tahu mengenai inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SME Corp yang menubuhkan laman portal untuk memberikan bimbingan kepada usahawan mengenai cara menggunakan laman sosial seperti web dan Facebook bagi mempromosi perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jelajah tersebut di Dataran Labis, di sini, malam tadi.
Antara agensi yang terlibat dalam acara tersebut termasuklah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Institut Automotif Malaysia (MAI), SME Corp serta SME Bank.
Jelajah berkenaan merangkumi pelbagai pengisian termasuk pameran, jualan produk PKS setempat, pameran kerjaya, pemeriksaan kereta percuma, khidmat nasihat kewangan dan seminar usahawan oleh agensi di bawah MITI.
Chua yang juga anggota Parlimen Labis berkata menerusi tinjauan beliau, ramai dalam kalangan usahawan PKS yang menyertai jelajah tersebut tidak tahu mengenai sistem e-dagang yang menjadi pemangkin ekonomi.
Menurutnya, sekiranya para usahawan melaksanakan sistem itu, nilai industri e-dagang mampu ditingkatkan kepada RM211 bilion menjelang 2020 berbanding RM68 bilion pada 2015.
"Saya berharap jelajah ini yang sudah menarik kehadiran 4,000 pengunjung setakat malam tadi juga dapat mendedahkan masyarakat mengenai kesedaran jenayah kewangan menerusi sesi perkongsian maklumat dengan Bank Negara Malaysia seperti penipuan skim cepat kaya," katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat Mohd Haffiz Ahmad dalam ucapannya berkata jelajah terbabit membawa MITI dan agensi di bawahnya dekat dengan masyarakat setempat sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan usahawan di kawasan Labis.
Beliau berkata jelajah seumpama itu merupakan penganjuran kali kedua diadakan di Johor selepas di Pontian pada 24 dan 25 Feb lepas.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2017

Chua berkata, ramai dalam kalangan usahawan PKS yang menyertai jelajah tersebut tidak tahu mengenai sistem e-dagang yang menjadi pemangkin ekonomi. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

RM141 bilion pelaburan asing diluluskan dalam sektor perkilangan
Ia merangkumi sebanyak RM30 bilion pada 2013; RM39.6 bilion (2014); RM21.9 bilion (2015); RM27.4 bilion (2016); dan RM21.6 bilion (2017).

Malaysia pantau sebarang kesan buruk akibat 'trade war' China-AS - Chua
Ia membimbangkan kerana impaknya bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga negara-negara lain yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport dengan kedua-dua negara ini.

#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Pada PRU yang lepas, komponen Barisan Nasional di Johor selain UMNO tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan.

Syarikat tempatan perlu berani teroka pasaran luar negara - Chua
Pengusaha syarikat perlu bersikap proaktif bagi meningkatkan eksport negara serta berani melangkah ke hadapan dengan mengambil kira kehendak dan permintaan pasaran tempatan atau antarabangsa.

SME Bank komited selesaikan masalah kesukaran mendapat pembiayaan
Sasaran itu berdasarkan permohonan yang diterima hasil sesi bertemu pelanggan wilayah Selatan di sini hari ini.

Syarikat Malaysia enggan melabur dalam digitalisasi - Chua
Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

PRU14: MCA sedia tukar kerusi dengan komponen BN - Liow
MCA sedia berbincang dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bertukar kerusi bagi meningkatkan peluang kemenangan calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tiada ADUN BN Segamat jadi Ahli Majlis - Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dakwaan itu jelas merupakan satu fitnah yang sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Jelajah Usahawan MITI dan agensi beri manfaat kepada usahawan, masyarakat - Chua
Program dua hari itu bukan sahaja membantu mempromosikan produk usahawan PKS malah memberi pendedahan kepada usahawan dan masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan MITI serta agensinya.

FDI dari China meningkat bukan sebab kerajaan cuba meraih sokongan kaum Cina
Pelaburan langsung asing (FDI) dari China ke Malaysia meningkat berpunca daripada pertumbuhan perdagangan dan bukan disebabkan kerajaan cuba menagih sokongan kaum Cina.