Syarikat tempatan tidak seharusnya terlalu selesa dengan pasaran domestik sebaliknya perlu berani meneroka pasaran luar negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua (MITI) Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata pengusaha syarikat perlu bersikap proaktif bagi meningkatkan eksport negara serta berani melangkah ke hadapan dengan mengambil kira kehendak dan permintaan pasaran tempatan atau antarabangsa bagi memastikan kepesatan ekonomi.
"Dari segi pasaran jika pengusaha syarikat hanya bergantung kepada pasaran domestik, negara kita hanya mempunyai penduduk seramai 30 juta sahaja.
"Justeru, mereka perlu mengambil peluang termasuk mendaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi membolehkan bantuan dan sokongan disalurkan kepada mereka terutama untuk meneroka pasaran luar negara," katanya kepada pemberita, di sini, pada Isnin.
Terdahulu, beliau merasmikan program 'engagement' bersama pelanggan pusat wilayah selatan SME Bank yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Perbankan SME Bank, Datuk Kamaluddin Ismail.
Pada majlis itu, SME Bank menyerahkan surat kelulusan pembiayaan bernilai RM13.63 juta kepada enam syarikat dalam pelbagai sektor termasuk kejuruteraan, pembinaan, minyak dan gas serta perkhidmatan.
Mengulas lanjut, Chua berkata kerajaan menawarkan pelbagai insentif termasuk pelan pembangunan pemasaran dan e-listing dalam usaha membantu golongan usahawan dan pengusaha syarikat meningkatkan eksport negara.
"Ada orang kata e-listing khusus untuk Alibaba sahaja, ini salah sebenarnya (kerana) dari jumlah 4,400 yang kita bagi insentif hanya 1,400 yang terlibat dalam Alibaba selebihnya website (laman sesawang) berlainan yang memenuhi kriteria Matrade," katanya.
Sementara itu, Kamaluddin berkata SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah lebih RM28 bilion kepada lebih 16,000 pelanggan sejak penubuhannya pada tahun 2005.
Beliau berkata setakat Januari lepas, pusat wilayah selatan SME Bank telah mencatatkan portfolio pembiayaan bernilai lebih RM744 juta iaitu 11.4 peratus daripada portfolio bank dengan 562 pelanggan.
"Selain itu, kami turut merancang untuk mengadakan program 'engagement' di seluruh negara yang mana Melaka merupakan destinasi kelima selepas Selangor, Sabah, Sarawak dan Kedah bagi menangani kesukaran usahawan PKS mendapatkan pembiayaan.
"Seramai 1,947 usahawan menyertai Program Engagement 2017 dengan nilai kelulusan pembiayaan sebanyak RM570 juta dan kami menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus tahun ini iaitu RM741 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018

Chua berkata kerajaan menawarkan pelbagai insentif termasuk pelan pembangunan pemasaran dan e-listing dalam usaha membantu golongan usahawan dan pengusaha syarikat meningkatkan eksport negara. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI
Penting untuk perniagaan mengutamakan amalan mampan agar kekal berdaya saing dan sejajar dengan matlamat kemampanan negara.

Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.

Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.

Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari
Syarikat tersebut turut merangka tiga strategi penting termasuk memulakan pesanan pra jualan empat jam lebih awal berbanding festival 11.11 sebelum ini.

Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.

Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.

Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.

Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.

Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.