IRIS Corporation Bhd (ICB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan FELDA bagi menjayakan projek Sentuhan Kasih di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Khamis, ia berkata menerusi MoU itu, IRIS bersetuju melaksanakan projek Sentuhan Kasih untuk Felda di S.K. Tenggaroh 3, Johor; S.K. Chini, Pahang; S.K. Besut, Terengganu; S.K. Palong, Negeri Sembilan; S.K. Alor Setar, Kedah; S.K. Gua Musang, Kelantan dan S.K. Felda Jaya, Negeri Sembilan.
"IRIS akan melakukan yang terbaik dalam menyediakan kepakaran dan kemahiran bagi menjayakan projek itu yang dilaksanakan menerusi dua bahagian - projek pembinaan dan infrastruktur dan khidmat perundingan kepada FELDA untuk memberikan nasihat pakar," katanya.
Syarikat itu berkata anggaran kos pelaksanaan usaha sama itu tertakluk kepada terma dan syarat kontrak rasmi bagi setiap projek individu Sentuhan Kasih oleh FELDA kepada ICB.
"Jika tiada masalah, lembaga pengarah berpendapat kejayaan pelaksanaan projek Sentuhan Kasih ini akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan ICB pada masa depan," katanya.
Pada November tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan FELDA memperuntukkan RM120 juta untuk projek Sentuhan Kasih bagi membina rumah untuk generasi kedua peneroka Felda selain membolehkan mereka meneroka projek tanaman kontan yang memberi pulangan hasil yang tinggi.
Bernama
Fri Sep 20 2013
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.