Institusi perbankan Islam akan menghubungi pelanggan mereka secara langsung untuk memberikan penjelasan lengkap mengenai moratorium pembelian sewa beli Islam dan produk pembiayaan kadar tetap Islam.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM) berkata bank akan memberi nasihat kepada pelanggan masing-masing mengenai perincian khusus seperti perubahan dari segi, yang mungkin merangkumi bayaran ansuran yang disemak semula, jumlah yang harus dibayar apabila moratorium tamat dan tempoh pembayaran yang akan disemak semula.
"Ini untuk memastikan kepatuhan terhadap keperluan syarat kontrak Shariah dipenuhi dalam pelaksanaan moratorium untuk produk pembiayaan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Untuk mencapainya, kami menggalakkan pelanggan untuk mematuhi proses dan garis masa yang disediakan oleh bank-bank yang menjadi ahli AIBIM. Pemberitahuan dijangka akan disebarkan seawal 1 Mei 2020," katanya.
AIBIM berkata pelanggan harus memeriksa dengan bank mengenai kelayakan moratorium mereka.
"Kami menggalakkan pelanggan yang terjejas untuk meminta penjelasan dan nasihat dari institusi perbankan Islam masing-masing untuk memastikan mereka mendapat pemahaman yang lebih baik, terutama mengenai perubahan dan proses setelah mereka menerima pemberitahuan tersebut.
"Pelanggan juga diminta merujuk ke laman web bank masing-masing atau pusat khidmat pelanggan untuk maklumat lebih lanjut," katanya.
AIBIM juga menasihati pelanggan agar kekal berhati-hati terhadap kegiatan penipuan, terutama dalam tempoh ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020

Pelanggan harus memeriksa dengan bank mengenai kelayakan moratorium mereka. - Gambar hiasan

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Institusi perbankan Islam akan beri penjelasan mengenai moratorium
Institusi perbankan Islam akan menghubungi pelanggan mereka secara langsung untuk memberikan penjelasan lengkap mengenai moratorium pembelian sewa beli Islam dan produk pembiayaan kadar tetap Islam.