Usaha penerapan budaya amanah berasaskan standard etika yang jitu dlihat penting bagi memastikan masa depan industri kewangan negara yang cerah, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Menurutnya, biarpun sektor kewangan terbukti memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan negara, namun masih ada ruang bagi tujuan penambahbaikan.
"Tindakan memperkukuhkan tadbir urus korporat dan kerangka perlindungan pelabur miasalnya jelas terbukti berkesan untuk membolehkan kita mempertingkat daya tahan ekonomi negara kepada sebarang kejutan kewangan global.
"Ini boleh dicapai jika semua agensi terlibat dalam sektor kewangan memainkan peranan masing-masing iaitu untuk terus kukuh dan menegakkan prinsip amanah serta integriti," katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Etika Perniagaan di sini, hari ini.
Menerusi sesi 30 minit bertajuk ''Sumbangan Sektor Kewangan kepada Ekonomi Negara dan Kepentingan Terhadap Reputasi Perniagaan, Abdul Wahid menyifatkan sektor kewangan Malaysia mewakili industri penting yang telah ncatat perkembangan yang pesat.
Ini dibuktikan menerusi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan, dinamisme dan pembangunan Malaysia sejak merdeka, khususnya selepas krisis kewangan Asia pada 1997/1998.
"Pada masa ini, sektor perkhidmatan kewangan menyumbang sebanyak 6.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
"Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita negara juga telah melebihi US$10,000 pada 2014 (RM34,839) sebelum susut kepada US$9,096 pada 2016 (RM37,738). Ini masih lagi memaparkan kemajuan ekonomi dan sosial berbanding lima dekad lepas yang mana PNK per kapita kita hanya US$300.
"Malah, dari segi kuasa pembelian, PNK per kapita kita juga meningkat daripada US$24,900 pada 2014 kepada US$D26,557 pada 2016," katanya.
Bagi kemajuan masa depan, Abdul Wahid berkata visi sektor kewangan adalah untuk menjadi asas transformasi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan dan bernilai tinggi yang boleh dicapai menerusi perantaraan kewangan serantau dan domestik yang cekap serta berkesan.
Jelasnya, ini secara komprehensif dapat menggerakkan simpanan bagi pelbagai aktiviti pelaburan yang luas di Malaysia dan merentasi sempadan, sekali gus dapat meningkatkan reputasi Malaysia dalam sektor kewangan.
"Kita bernasib baik kerana Malaysia mendapat banyak pengalaman daripada krisis kewangan Asia apabila Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah wajar untuk menerapkan rasa percaya dan keyakinan terhadap sistem kewangan.
"Ini termasuk penggabungan kira-kira 60 institusi kewangan pelbagai saiz kepada 10 kumpulan perbankan besar dengan modal besa serta pengurusan baik yang dipantau dan dikawal selia oleh BNM," katanya.
Abdul Wahid turut berkongsi pengalamannya selama sembilan bulan menyertai PNB iaitu syarikat pengurusan dana terbesar Malaysia dengan nilai aset di bawah pengurusannya mencecah RM266 bilion dan pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 13.2 peratus sejak 1981.
Dua pertiga atau RM180 bilion daripada dana itu dilaburkan dalam ekuiti awam Malaysia yang mewakili 10.8 peratus daripada jumlah modal pasaran syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Ini termasuk enam syarikat strategik seperti Maybank, Sime Darby, UMW Holdings, SP Setia, CCM dan MNRB.
"Malah ini termasuk banyak lagi syarikat utama yang mana PNB memegang sekurang-kurangnya 10 peratus kepentingan saham atau pada nilai RM1 bilion," katanya.
Abdul Wahid berkata pda tahun lepas, PNB turut mengumumkan Pelan Strategik 2017-2022 yang bertujuan meletakkan PNB sebagai syarikat pelaburan cemerlang bertaraf dunia.
Ini termasuk melaksanakan 15 inisiatif di bawah tiga tunjang iaitu meningkatkan pulangan mapan, pengurusan pelaburan yang efektif dan memacu kecemerlangan operasi. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017

ABDUL WAHID: Kita bernasib baik kerana Malaysia mendapat banyak pengalaman daripada krisis kewangan Asia apabila Bank Negara Malaysia melaksanakan langkah wajar menerapkan rasa percaya dan keyakinan terhadap sistem kewangan. -fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.

Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.

Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.

Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.

Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah

WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.

Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.

Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.

Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.