KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk menjadi hos Enlit Asia seterusnya yang akan dilangsungkan pada 8 hingga 10 Oktober 2024 di Kuala Lumpur.
Disokong Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), acara perniagaan tersebut dijangka mengundang 12,000 pengunjung dari lebih 50 negara, dianggar menjana impak ekonomi sekitar RM134.6 juta dan RM8.2 juta perbelanjaan pengunjung.
Upacara penyerahan hak penganjuran secara rasmi diadakan di Pusat Konvensyen Indonesia (ICE), BSD City, Jakarta pada 14 November 2023.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Zain Azrai Rashid berkata, pihaknya mewakili Malaysia berbesar hati untuk diberi peluang menganjurkan acara berkelas dunia yang akan mengumpulkan minda-minda terbaik dalam sektor kuasa dan tenaga.
“Malaysia bersedia untuk menunjukkan kemampuan kita dalam penganjuran acara perniagaan antarabangsa yang besar dalam sektor acara pameran, dan kami yakin negara kita akan menganjurkannya dengan unggul.
“MyCEB turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada penganjur Enlit Asia, Clarion Event Pte Ltd atas kerja mereka yang menakjubkan dan kami akan memberikan kepada mereka dalam acara tahun depan," katanya.
Enlit Asia adalah acara perniagaan tahunan yang menyatukan dua acara berpengaruh dalam sektor kuasa dan tenaga, POWERGEN Asia dan Minggu Utiliti Asia, yang sejak sekian lama menjadi suar kepada inovasi dan kolaborasi dalam industri.
“Kami teruja untuk membawa Enlit Asia 2024 ke landskap terang dan bersemangat Malaysia, di mana inovasi bertumpu dengan tradisi.
“Acara ini menjanjikan pencerahan ke jalan baharu dalam sektor tenaga, memperagakan komitmen Malaysia terhadap sistem kuasa masa hadapan yang lestari dan dinamik,” kata Pengarah Acara Enlit Asia, Simon Hoare.
Transisi ini turut menjadi simbol kejayaan kerjasama berterusan dan sinergi antara Malaysia dengan Indonesia dalam lapangan acara perniagaan.
Di samping acara penyerahan hak penganjuran, lawatan MyCEB ke Jakarta kali ini adalah sebagai susulan daripada lawatan tahun lepas untuk mengukuhkan lagi hubungan bilateral antara dua negara dalam menjadi destinasi pilihan untuk acara perniagaan.
“Hasil berimpak tahun lepas mempamerkan kekuatan kolaborasi serantau kita. Kita meraikan dan menghargai jiran kita dan pengajaran yang dikongsi bersama.
“Tahun ini, kita mensasarkan untuk melibat urus denagn lebih ramai rakan seangkatan Indonesia untuk menyerlahkan lagi industri acara perniagaan dan memperkukuh ikatan dengan agensi berita Indonesia.
“Ini melonjakkan reputasi Malaysia sebagai destinasi global utama bagi acara perniagaan.”
Pada masa sama, Zain turut merakamkan setinggi penghargaan kepada rakan seangkatan di Indonesia atas layanan dan hospitaliti serta kepercayaan yang diberikan.