KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi pengeluaran tempatan yang mengukur kos barangan di pintu kilang mencatatkan peningkatan dua digit buat kali pertama tahun ini dengan 11.6 peratus pada Mac 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Jelasnya, peningkatan ini didorong oleh harga komoditi utama yang lebih tinggi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi baik ini dipacu oleh indeks perlombongan yang meningkat 28.2 peratus berbanding 23.3 peratus yang dicatatkan pada Februari 2022.
Indeks pertanian, perhutanan dan perikanan turut mencatatkan peningkatan lebih tinggi 24.9 peratus berbanding 17.7 peratus pada Februari 2022, didorong terutamanya oleh kenaikan dalam indeks bagi penanaman tanaman kekal (33.4 peratus), perikanan (6.5 peratus) dan pengeluaran ternakan (5.5 peratus), katanya.
"Pada masa yang sama, indeks pembuatan meningkat 8.9 peratus berbanding 7.9 peratus direkodkan pada Februari 2022.
"Pertumbuhan ini disokong oleh kenaikan dalam indeks subsektor pembuatan produk petroleum bertapis (22.7 peratus), pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran serta haiwan (20.8 peratus) dan pembuatan kimia asas, baja dan sebatian nitrogen, plastik dan getah sintetik dalam bentuk primer (13.3 peratus), jelas Mohd Uzir.
Sementara itu, indeks bekalan air dan bekalan elektrik serta gas masing-masing meningkat 1.7 peratus dan 0.2 peratus.
Bagi perbandingan bulan ke bulan, Mohd Uzir Mahidin menjelaskan IHPR pengeluaran tempatan pada Mac 2022 meningkat 2.4 peratus.
"Kenaikan ini disebabkan oleh peningkatan 8.6 peratus bulan ke bulan dalam indeks pertanian, perhutanan dan perikanan yang mana ianya dipacu oleh harga buah tandan segar kelapa sawit yang lebih tinggi.
"Sementara itu, harga minyak mentah dan gas asli terus meningkat pada Mac 2022, menyumbang kepada kenaikan 5.0 peratus dalam indeks perlombongan," katanya.
Dalam pada itu, indeks pembuatan juga naik 1.5 peratus (Februari 2022: 1.3 peratus), disumbangkan oleh kenaikan dalam indeks subsektor pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (3.7 peratus), pembuatan produk petroleum bertapis (2.9 peratus) serta pembuatan komponen dan papan elektronik (0.5 peratus).
Selain itu, indeks bekalan elektrik dan gas serta bekalan air masing-masing meningkat 0.2 peratus dan 0.1 peratus.
Mengenai IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, Mohd Uzir berkata indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya terus mencatatkan peningkatan 23.3 peratus pada Mac 2022, disumbangkan oleh indeks bahan bukan makanan (27.1 peratus) dan bahan makanan dan makanan untuk haiwan (3.4 peratus).
"Pada masa yang sama, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen mengembang 12.5 peratus, didorong oleh kenaikan dalam indeks bahan api yang diproses dan pelincir (20.1 peratus), bahan dan komponen untuk pembuatan (12.8 peratus) dan bahan dan komponen untuk pembinaan (4.6 peratus).
"Indeks barang siap turut mencatatkan peningkatan pada Mac 2022 dengan 0.4 peratus, setelah merekodkan penurunan selama lapan bulan berturut-turut," katanya.
Pada suku tahun pertama 2022, IHPR pengeluaran tempatan merekodkan kenaikan 10.2 peratus berbanding 11.9 peratus yang direkodkan pada suku keempat 2021.
Peningkatan ini dipacu oleh indeks perlombongan (28.3 peratus), pertanian, perhutanan dan perikanan (18.4 peratus), pembuatan (8.0 peratus), bekalan air (1.4 peratus) dan bekalan elektrik dan gas (0.6 peratus).
Sementara itu, perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPR pengeluaran tempatan meningkat 3.5 peratus berbanding 2.1 peratus yang direkodkan pada suku tahun keempat 2021, katanya.
Mohd Uzir Mahidin berkata pada masa ini, dunia bukan sahaja sedang berdepan dengan gangguan rantaian bekalan global, tetapi turut menyaksikan permulaan kepada krisis makanan global kesan daripada pandemik selain perang yang berlaku baru-baru ini.
Beliau berkata kenaikan kos bahan mentah antaranya minyak mentah dan baja akan menyumbang kepada kenaikan harga makanan global termasuk Malaysia.
Pada Mac 2022, Food and Agriculture Organisation of the United Nations (FAO) melaporkan Indeks Harga Makanan pada 159.3 mata, meningkat 12.6 peratus berbanding Februari 2022.
Di samping itu, harga minyak mentah Brent terus meningkat walaupun dilihat stabil pada awal April 2022, tambah beliau.
"Selain itu, harga minyak sawit mentah telah mencecah RM8,000/tan pada awal Mac 2022, dengan purata RM6,867.00 satu tan pada Mac 2022, meningkat daripada RM5,930.50 satu tan yang dicatatkan pada Februari 2022.
"Harga baja juga dijangka terus naik terutamanya apabila harga gas asli meningkat," kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Peningkatan ini didorong oleh harga komoditi utama yang lebih tinggi. - Gambar fail
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus pada Jun 2024 - DOSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 0.3 peratus pada Februari - DOSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Penyusutan itu terutamanya berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut 1.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2023.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur susulan aliran menurun di pasaran ekuiti global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.91 mata kepada 1,440.60 daripada paras penutup 1,442.51 pada Rabu.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis.
Indeks Harga Pengeluar menurun 4.6% pada Mei 2023 - DOSM
DOSM berkata, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan menurun sebanyak -0.4%, selepas peningkatan 0.2% pada bulan sebelumnya.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun -3.0 peratus pada April 2023 - DOSM
Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.
Indeks Harga Pengeluar susut kepada 7.6 peratus pada Julai 2022 - Jabatan Perangkaan
IHPR pada Julai 2022 disumbangkan oleh indeks pembuatan pada 9.9 peratus berbanding 10.0 peratus pada Jun 2022.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia catat peningkatan dua digit pada Mac 2022 - Perangkaan
Peningkatan ini didorong oleh harga komoditi utama yang lebih tinggi.