KUALA LUMPUR: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ke tahun bagi Malaysia kepada 5.1 peratus pada 2022 daripada 5.6 peratus sebelum ini, menurut Kemas Kini Prospek Ekonomi Dunia Julai 2022 IMF (diterbitkan pada 26 Julai).
Bagaimanapun, unjuran terkini IMF itu lebih rendah daripada unjuran julat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Bank Negara Malaysia sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022.
Menurut IMF, risiko terhadap prospek ekonomi global amat cenderung kepada penurunan.
"Faktor seperti perang di Ukraine boleh membawa kepada pemberhentian serta-merta import gas Eropah dari Rusia manakala inflasi boleh menjadi lebih sukar untuk diturunkan daripada jangkaan sama ada jika pasaran buruh lebih terhad daripada jangkaan atau jangkaan inflasi tidak mempunyai asas yang kukuh.
"Keadaan kewangan global yang lebih terhad boleh menyebabkan tekanan hutang dalam pasaran sedang pesat membangun dan negara-negara membangun; penularan baharu COVID-19 dan sekatan pergerakan serta peningkatan krisis sektor hartanah, boleh terus menyekat pertumbuhan China dan perpecahan geopolitik, boleh menghalang perdagangan dan kerjasama global," katanya.
Menurut IMF, dengan peningkatan harga yang terus menjejaskan taraf hidup di seluruh dunia, menurunkan inflasi perlu menjadi keutamaan pertama bagi penggubal dasar.
"Dasar monetari yang lebih ketat akan mempunyai kos ekonomi sebenar, tetapi kelewatan hanya akan memburukkannya.
"Bagaimanapun, keadaan monetari yang lebih ketat juga akan menjejaskan kestabilan kewangan, memerlukan penggunaan kaedah kehematan makro dan membuat pembaharuan kepada rangka kerja penyelesaian hutang yang lebih diperlukan," katanya.
IMF mencadangkan sokongan fiskal bersasar dapat membantu mengurangkan impak terhadap mereka yang paling mudah terjejas tetapi dengan bajet kerajaan yang terhad berikutan pandemik dan keperluan kepada pendirian dasar makroekonomi disinflasi secara keseluruhan, dasar tersebut perlu diimbangi oleh peningkatan cukai atau perbelanjaan kerajaan yang lebih rendah.
"Oleh itu, dasar untuk menangani impak tertentu terhadap tenaga dan harga makanan perlu memberi tumpuan kepada mereka yang paling terjejas tanpa mengganggu harga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Menurut IMF, risiko terhadap prospek ekonomi global amat cenderung kepada penurunan. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.
Presiden baharu Sri Lanka rancang rundingan segera dengan IMF
Menurut Anura Kumara Dissanayake, rundingan bertujuan memohon pelan penyelamatan ekonomi bernilai AS$2.9 bilion.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Sri Lanka capai perjanjian penyusunan semula hutang
Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi negara selepas gagal membayar balik hutang pada tahun 2022.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
AI bakal beri impak kepada 40 peratus pekerjaan global - IMF
Kita berada di ambang revolusi teknologi yang boleh melonjakkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan global dan meningkatkan pendapatan di seluruh dunia.
IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.