Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.
"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang.
"Kedudukan hutang kerajaan persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.
Johari berkata tahap ukuran hutang Kerajaan Persekutuan, setakat tempoh tersebut, dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah 50.7 peratus.
Berhubung hutang yang dijamin oleh kerajaan, beliau berkata hutang tersebut berjumlah RM175.8 bilion setakat Jun 2015, dan telah dikeluarkan kepada 27 institusi termasuk syarikat milik kerajaan.
"Pemberian jaminan itu adalah bagi membolehkan institusi terbabit memperoleh kos pembiayaan yang lebih rendah bagi melaksanakan projek pembangunan strategik yang bersifat jangka panjang yang akan memanfaatkan rakyat secara keseluruhan.
Johari turut berkata Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sebanyak RM30 bilion setakat Jun 2015 bagi melaksanakan program-program di bawah model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Menurutnya, komitmen hutang tersebut telah pun dimasukkan ke dalam peruntukan bajet tahunan bagi tujuan membiayai bayaran balik pinjaman.
"Komitmen (hutang PFI) juga telah diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal dan kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan, dan ini tidak akan meningkatkan sasaran defisit sedia ada," katanya.
Bernama
Thu Dec 03 2015

Kedudukan hutang kerajaan persekutuan ini kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. -Foto Bernama
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Malaysia sertai kerangka inklusif pelan tindakan BEPS global
Malaysia kini menyertai Kerangka Inklusif (IF) bagi pelaksanaan global Pelan Tindakan Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS).

Ahli politik jangan eksploitasi pemberian BR1M - Johari
Pemberian BR1M tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

1MDB: Johari puji tindakan pantas Singapura
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pembuangan pekerja Petronas di luar kawalan kerajaan - Johari
Pembuangan pekerja di syarikat petroleum negara itu adalah diluar kawalan kerajaan.

Johari: Apung harga minyak, jimat RM11 bilion
Kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM11 bilion tahun ini hasil daripada pelaksanaan penetapan harga runcit bahan api.

Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM623.3 bilion
96.4% atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6% adalah pinjaman luar pesisir.

BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.