KUALA LUMPUR: Platform acara langsung, maya dan hibrid, Hubilo memeterai perjanjian perkongsian dengan pembekal komunikasi perniagaan terkenal Malaysia, V-Cube Malaysia (VMY) bagi mencipta platform acara profesional secara digital.
VMY merupakan pakar dalam mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) maya, e-undi, persidangan dan sistem pengurusan pembelajaran (LMS).
Melalui perkongsian ini, VMY akan memanfaatkan keupayaan Hubilo untuk mengubah tawaran mesyuarat mereka secara digital di Malaysia.
VMY akan mempunyai akses kepada suite kelas dunia yang penuh dengan alat penglibatan dan pengalaman mengasyikkan persidangan interaktif, langsung, maya dan hibrid, digabungkan dengan kepakaran tempatan VMY dalam pengurusan projek dan perkhidmatan sokongan di lapangan.
Ketua Pegawai Eksekutif VMY, Datuk Loh Yuen Tuck berkata, situasi pandemik/endemik masih tidak dapat diramalkan walaupun terdapat rancangan untuk membuka sempadan.
"Namun, untuk ramai penganjur acara, merancang acara yang berjaya mesti diteruskan. Para penganjur kini boleh menggunakan format hibrid untuk menggabungkan kedua-dua dunia sambil memastikan penglibatan antara hadirin kekal diutamakan.
"Kesinambungan perniagaan dan pengalaman pengguna yang mengasyikkan boleh dijamin melalui sebuah platform digital seperti Hubilo yang senang digunakan dan amat kaya dengan alat penglibatan.
"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Hubilo kerana ini akan membenarkan kami untuk mentransformasi menjadi sebuah pusat sehenti berbilang saluran kepada semua bentuk pengalaman digital perusahaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, terdapat potensi besar untuk syarikat memanfaatkan Hubilo sebagai platform penglibatan komuniti untuk mengadakan persembahan, pertunjukan dan pelancaran hibrid dengan segera.
"Ia juga sebagai platform penglibatan komuniti langsung dan interaktif 24/7 untuk mendapat rangkaian yang lebih baik, produktiviti yang lebih tinggi, pembinaan jenama dan lebih banyak pemacu hasil saluran omni," katanya.
Naib Presiden Kanan, Jualan dan Kejayaan Hubilo, Greg Volm berkata, syarikat sedang mengembangkan operasi globalnya dan melihat Malaysia sebagai satu lagi peluang penting dan menarik untuk mengembangkan ruang acara maya dan hibrid di Asia Pasifik.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan sebuah pemain terulung domestik seperti VMY untuk mengadakan acara inovatif, mengasyikkan dan menarik di platform kami serta membina komuniti yang lebih kuat dengan perkongsian ini," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkongsian VMY dan Hubilo, sila kunjungi https://vcubemyhubilo.com. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Mar 11 2022
VMY merupakan pakar dalam mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) maya, e-undi, persidangan dan sistem pengurusan pembelajaran (LMS). -Dagang News
Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
Pelaksanaan PBD dan PBS ketika ini dilihat kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai pihak mahu UPSR dan PT3 dikembalikan segera.
Perlis, destinasi pilihan lapan negara hidupkan budaya, warisan rantau Asia
Negeri Indera Kayangan itu mencipta lembaran pertukaran ilmu pelbagai negara untuk 'memberi nafas' terhadap budaya dan warisan di rantau Asia.
Kelantan rancang pindah Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke lokasi lain - Exco
Kelantan rancang pindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Pasir Mas ke lokasi yang lebih sesuai dan strategik pada masa hadapan.
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
Hubilo, VMY jalin kerjasama untuk platform acara digital
Melalui perkongsian ini, VMY akan memanfaatkan keupayaan Hubilo untuk mengubah tawaran mesyuarat mereka secara digital di Malaysia.