JENAMA teknologi terkemuka HUAWEI, terus giat melonjakkan sempadan inovasi dengan pelancaran baharu HUAWEI MatePad 11.5’’S PaperMatte Edition dan HUAWEI MateBook 14.
Direka khas dengan pemerkasaan profesional moden yang merangkumi teknologi canggih, siri Smart Office ini dijangka mampu meningkatkan produktiviti, kreativiti serta ketersambungan para pengguna.
Siri Smart Office baharu pertama iaitu HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition menawarkan pengalaman membaca yang luar biasa dengan nisbah skrin-ke-badan 87% dan paparan diperakui oleh SGS dan TÜV Rheinland untuk low blue light, flicker-free serta reflection-free.
Menurut Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI Malaysia Consumer Business Group, Felicia Choong, HUAWEI MatePad 11.5”S menampilkan paparan PaperMatte yang antipantulan dan antisilau bagi memastikan keselesaan mata pengguna.
“Paparan ini menawarkan pengalaman menulis dan melukis seperti atas kertas kerana menyerupai tekstur seakan kertas dan ia diperakui dengan pensijilan terbaik dunia.
"Ia adalah tablet pertama yang diprapasang dengan aplikasi lukisan berkuasa tinggi dan mudah digunakan iaitu GoPaint, dan yang paling penting ia percuma untuk digunakan.
“Dengan paparan 144Hz juga ia dapat meningkatkan kejelasan visual, memberikan visual yang lancar untuk permainan atau dokumen selain menonton video,” katanya selepas majlis pelancaran siri terbaharu HUAWEI Smart Office di ibu negara pada Selasa.
Bukan itu sahaja, tablet ini juga disertakan dengan HUAWEI M-Pencil dan papan kekunci magnetik pintar yang kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi NearLink memberikan peralihan lancar antara menulis, melukis dan menaip.
Pengalaman lebih daripada sebuah komputer riba, tablet ini dilengkapi perisian WPS Office seperti Word, Excel dan PowerPoint membolehkan pengguna bekerja secara profesional dalam mobiliti tinggi.
Sementara itu, untuk HUAWEI MateBook 14 pula, Huawei menawarkan komputer riba berskrin OLED 2.8K 120Hz dengan reka bentuk terkini dan prestasi unggul yang dikuasakan Intel Core Ultra selain berkapasiti 16 GB memori serta 1TB storan.
Oleh itu, ia sesuai bagi mengendalikan tugas yang berat seperti penyuntingan video hingga ke permainan video dengan mudah sambil memastikan proses yang lancar dan terperinci.
HUAWEI MateBook 14 turut dipacu dengan kuasa kecerdasan buatan (AI) yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengguna melalui penyapaduan telefon, tablet atau PC menggunakan ciri Kolaborasi Berbilang Skrin, Carian AI dan Fail Berbilang Peranti.
HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition kini tersedia untuk pra tempahan sehingga 28 Jun dengan harga RM2,499 dan hadiah bernilai RM2,046.
Manakala HUAWEI MateBook 14 mempunyai dua varian hijau serta kelabu bermula dari RM4,999 dengan hadiah bernilai RM1,614.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Amzar Alif
Thu Jun 20 2024
Aplikasi GoPaint akan tersedia secara praprasang pada peranti HUAWEI MatePad 11.5”S bagi menawarkan pengalaman yang dipertingkatkan kepada para pelukis profesional dengan ciri-ciri berteknologi tinggi. - Gambar HUAWEI
Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.
AWANI Global: Risiko perubahan iklim semakin mengherot
Sejauh mana Persidangan Perubahan Iklim COP29 serius mencari penyelesaian terhadap pelan tindakan iklim yang baharu? Ikuti diskusi dan analisis dalam Awani Global 9 malam ini.
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga
Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
AWANI Ringkas: Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 November 2024
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
1️⃣ Dasar Kanak-Kanak Negara jamin suara kanak-kanak didengar
2️⃣ 20% pegawai, anggota bomba dibeku cuti
3️⃣ Presiden Persatuan Bolasepak Brunei dipecat
#awaniringkas
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
GV - 'Kembali menyengat', 14 peserta bawakan lagu hit pertama mereka
Pentas Gegar Vaganza musim ke-11 akan membuka tirainya malam ini.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
Bertemakan kembali menyengat, 14 peserta yang bersaing akan membawakan lagu hit pertama mereka dalam industri seni suara.
[LAPORAN KHAS] Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan (Siri 2)
Bila anda nampak sarang lebah, apa perkara pertama bermain di fikiran anda?
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Biasanya, pasti kita akan bakar, seterusnya menghapuskan sarang lebah itu. Bukan?
Tahukah anda, ada cara lebih baik untuk menanganinya?
Tak perlu bunuh, tapi selamatkan.
Ikuti siri akhir, laporan Ridauddin Daud, bercakap dengan lebah.
Muzik Ahmad Nawab akan kekal selama-lamanya - Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab seorang pemurah dan sentiasa memberi panduan kepada penyanyi di bawah bimbingannya.
Tingkatkan mutu kerja, tiada ruang untuk penjawat awam malas dan cuai - KSN
Warga perkhidmatan awam diseru supaya meningkatkan mutu kerja, komitmen dan dedikasi selaras pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
HarmonyOS Next akan ditawarkan bermula minggu ini di China
Sistem operasi HarmonyOS Next ini akan ditawarkan untuk pengguna Mate 60, Mate X5 dan juga tablet MatePad Pro 13.2 di China terlebih dahulu.
Siri HUAWEI WATCH GT 5, WATCH Platinum dilancar - alat hebat serlah gaya, kesejahteraan
Direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup manusia yang luas, jam pintar ini membawakan teknologi terkini, reka bentuk bergaya, dan paling utama - ciri-ciri pengurusan kesihatan yang lebih maju.
Malaysia alu-alu kerjasama syarikat telekomunikasi dengan media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
Huawei umum pelancaran produk baharu 10 September ini
Besar kemungkinan peranti skrin tri-lipat dan siri Mate 70 akan diumumkan pada acara ini.
Huawei perkenal Harmony Intelligence – Sokongan AI yang bakal diintegrasi pada peranti
Harmony Intelligence akan ditawarkan melalui peranti keluaran Huawei, selain disertakan bersama-sama dengan pembantu maya berasaskan input suara, dinamakan Celia.
HarmonyOS kini sistem operasi mudah alih kedua paling popular di China, atasi Apple iOS
HarmonyOS mempunyai pegangan pasaran sebanyak 17%, dan diikuti oleh iOS dengan pegangan sebanyak 16%.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
Huawei, MCMC kerjasama perkasa pemimpin bagi mengemudi sempadan teknologi
Inisiatif itu bertujuan memperkasakan pemimpin merentas industri dan sektor awam dengan kemahiran dan pengetahuan penting mengenai transformasi digital.