KUALA LUMPUR: Dana-dana Islamik Hong Leong Asset Management Bhd (Hong Leong AM) raih 14 Anugerah daripada 20 anugerah yang dimenanangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Pengiktirafan tersebut diraih menerusi Anugerah Dana Individu berdasarkan prestasi dua dana unit amanah patuh Syariah iaitu Hong Leong Dana Makmur (HL Dana Makmur) dan Hong Leong Dana Maa’rof (HL Dana Maa’rof).
Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Asset Management Sdn Bhd (Hong Leong Islamic AM), Noor Aini Shaik Awab berkata sebagai pengurus dana luaran yang dilantik oleh Hong Leong AM untuk mengendalikan HL Dana Makmur dan HL Dana Maa’rof, pihaknya sama-sama berbangga atas pencapaian ketara syarikat induknya itu menerusi dana-dana Islamik mereka di Augerah Dana Refinitiv Lipper 2022.
“Ia membuktikan bahawa dana patuh Syariah Hong Leong AM mampu bersaing dengan dana patuh Syariah yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan yang lain sekaligus berupaya menjana pulangan yang setanding dengan dana-dana konvensional.”
“Anugerah Dana Refinitiv Lipper ini bukanlah pengiktirafan calang-calang, malah ia sekaligus mengukuhkan lagi kualiti dan jenama Hong Leong Dana Makmur dan Hong Leong Dana Maa’rof yang bernaung di bawah Hong Leong AM.
“Penganjuran Anugerah Dana Refinitiv Lipper setiap tahun ini cukup bermakna kerana mereka menghargai dana-dana dan syarikat-syarikat pengurusan dana yang unggul dalam menghasilkan prestasi yang konsisten. Anugerah ini juga mengukuhkan falsafah dan strategi dalam menyasarkan pengurusan aset Islam sebagai teras utama di Malaysia yang memanfaatkan prinsip pelaburan patuh Syariah.
“Kami berterima kasih kepada Hong Leong AM atas sokongan yang diberikan kepada Hong Leong Islamic AM. Bersama dengan Hong Leong AM, Hong Leong Islamic AM akan meneruskan usaha untuk menjadikan pengurusan aset Islam sebagai teras utama di Malaysia yang memanfaatkan prinsip pelaburan patuh Syariah serta mengutamakan pengunaan teknologi digital dan kepakaran bakat-bakat generasi muda,” katanya kepada Astro Awani.
Tambah Aini, pelaburan patuh Syariah itu dilihat semakin berkembang dan diterima masyarakat atas beberapa faktor seperti kesedaran atas kepentingan patuh Syariah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia serta kepelbagaian dalam produk patuh Syariah yang memberi pilihan kepada orang beragama Islam dan orang bukan beragama Islam.
“Salah satu kelebihan dana patuh Syariah juga adalah kerana kaedah saringan Syariah itu sendiri. Saringan Syariah secara amnya mengelakkan pelaburan di dalam syarikat yang berhutang tinggi, atau dalam istilah Inggeris, 'highly geared' atau 'highly leveraged companies'.
“Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa dalam jangka masa panjang, kadar pulangan pelaburan patuh Syariah dan konvensional akan boleh berdaya saing dan setanding,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengurus Dana Hong Leong Islamic AM, Md Razif Rahim berkata, aktiviti pelaburan unit amanah ini merupakan antara landasan terbaik untuk menambah pendapatan semasa sekaligus membina simpanan di masa hadapan khususnya ketika ini ramai yang menghadapi masalah kewangan ekoran pandemik COVID-19.
Jelasnya, pelaburan unit amanah boleh dijadikan sebagai salah satu mekanisma bagi menjana pendapatan pasif. Pelaburan di dalam unit amanah boleh memberi pendapatan dalam bentuk keuntungan modal (capital gain) dan dividen.
“Salah satu kelebihan unit amanah adalah modal permulaan yang rendah iaitu serendah RM100 dan boleh ditambah mengikut kemampuan kewangan pelabur.
“Manakala, ketiadaan masa dan kurangnya ilmu pengetahuan dalam bidang pelaburan merupakan antara cabaran terbesar untuk orang awam melabur. Namun begitu, dengan adanya dana unit amanah, orang awam kini boleh melabur dengan bantuan pengurus dana professional untuk menguruskan pelaburan. Selain itu, pelabur juga boleh membuat pelaburan ke dalam dana unit amanah berdasarkan tahap toleransi risiko pelabur tersebut, sama ada risiko rendah, sederhana mahupun tinggi,” katanya.
Oleh kerana itu, Razif berkata pentingnya untuk seseorang inidividu itu memahami toleransi risiko sendiri sebelum memulakan sebarang pelaburan unit amanah.
Jelasnya lagi, konsep ‘high risk, high return’ diketengahkan bagi ketepatan pemilihan dana manakala kadar toleransi risiko pula boleh ditentukan menerusi perbincangan bersama agen unit amanah Hong Leong AM.
“Di samping itu, pelabur akan melabur dalam unit amanah dengan membuat caruman tetap contohnya, setiap bulanan kepada dana unit amanah yang dipilih. Ini adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna untuk mengumpul modal untuk keperluan masa depan.
“Dengan membuat caruman tetap dalam satu tempoh masa, jumlah terkumpul pada akhir tempoh akan meningkat. Ini biasanya dikenali sebagai “Dollar-cost averaging” atau purata kos Dollar,” katanya.
Pada masa sama, Razif berkata digalakkan orang ramai untuk memulakan pelaburan unit amanah seawal mungkin untuk menjana kesan pengkompaunan (compounding effect) yang optimum.
“Ini bermakna pelabur harus memulakan pelaburan mereka dan tidak mengusik wang tersebut untuk meraih keuntungan yang lebih dalam jangka masa panjang,” katanya.
Hong Leong Islamic Asset Management Sdn Bhd (Hong Leong Islamic AM) adalah pengurus dana luaran yang dilantik oleh Hong Leong AM untuk menguruskan HL Dana Makmur dan HL Dana Maa’rof.
Selain itu, ia turut disenaraikan sebagai salah satu syarikat Pengurusan Pelaburan Islam berlesen dan diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta merupakan anak syarikat milik penuh Hong Leong Asset Management (Hong Leong AM) sebuah syarikat pengurus dana berlesen yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun.
Hong Leong Islamic AM menawarkan penyelesaian melibatkan pengurusan dana Islam melalui perkhidmatan pengurusan portfolio untuk institusi dan individu bernilai bersih tinggi termasuk rangkaian produk pelaburan patuh Syariah yang merangkumi aset ekuiti, sukuk dan pasaran wang atau “money market”.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web tertera, https://www.hlam.com.my
* Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Eton Khir
Wed Jun 08 2022
![Hong Leong Asset Management: Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022 Hong Leong Asset Management: Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654654118_HongLeongAM.jpg)
Dana-dana Islamik Hong Leong Asset Management Bhd (Hong Leong AM) raih 14 Anugerah daripada 20 anugerah yang dimenanangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
![Hong Leong Asset Management: Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022 Hong Leong Asset Management: Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654654118_HongLeongAM.jpg)
Hong Leong Asset Management: Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Dana-dana Islamik Hong Leong Asset Management Bhd (Hong Leong AM) raih 14 Anugerah daripada 20 anugerah yang dimenanangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.