PETALING JAYA: Honda Malaysia hari ini mengumumkan penarikan balik beberapa model melibatkan City, City Hatchback, HR-V dan BR-V sebagai langkah berjaga-jaga.
Model yang terlibat ialah City (2021) dan City Hatchback (2022) sebanyak 1,068 unit, serta HR-V (2020) sebanyak 343 unit dan BR-V (2021) sebanyak 116 unit.
Honda memaklumkan dua faktor menjadi punca penarikan semula model-model berkenaan, iaitu pemeriksaan nut torque pada Penjana Arus Ulang-alik (ACG) dan pemeriksaan bolt earth grounding tightness.
"Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa semua model pengeluaran dan penjualan semasa tidak terjejas dengan penarikan balik produk ini.
"Sehingga hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu ini dilaporkan di Malaysia.
"Syarikat percaya penarikan balik produk ini perlu kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia," kata Honda dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tambah mereka, semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.
Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat temujanji selepas menerima surat pemberitahuan bagi membolehkan kenderaan mereka diperiksa dan dibaiki jika perlu, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.
Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian bahagian yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat atau menyemak status kenderaan mereka dengan menghubungi Honda Malaysia di 1-800-88-2020.
Astro Awani
Tue Jun 21 2022
![Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655797137_honda.jpg)
Antara dua model yang ditarik balik. - Honda Malaysia
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718014881_honda.jpg)
Kerajaan Jepun periksa ibu pejabat Honda berhubung penipuan ujian kenderaan
Kementerian Pengangkutan Jepun telah memeriksa ibu pejabat Honda Motor Co di Tokyo pada Isnin.
![Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717573925_TBpencurikereta.jpg)
Sempat ceroboh rumah di Karak selepas curi Honda City
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas pemilik rumah yang didiami sepasang suami isteri dan tiga anak menghubungi pihak polis.
![Nissan, Honda meterai perjanjian persefahaman pembangunan kereta elektrik Nissan, Honda meterai perjanjian persefahaman pembangunan kereta elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710560337_tbKeretaElektrik.jpg)
Nissan, Honda meterai perjanjian persefahaman pembangunan kereta elektrik
Kerjasama ini dijangka akan menguntungkan kedua-dua piLangkah
![Honda catat lebih 80,000 jualan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu Honda catat lebih 80,000 jualan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702631005_TBCRVjpg.jpg)
Honda catat lebih 80,000 jualan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu
Honda catat lebih 80,000 jualan kenderaan pada 2023, kekal jenama kereta bukan nasional nombor satu 10 tahun berturut-turut
![Honda lancar model WR-V serba baharu bagi pasaran Malaysia Honda lancar model WR-V serba baharu bagi pasaran Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689234435_TBWRV.jpg)
Honda lancar model WR-V serba baharu bagi pasaran Malaysia
Honda Malaysia melancarkan model Winsome Runabout Vehicle (WR-V) serba baharu bagi pasaran Malaysia yang didatangkan dengan empat varian berharga antara RM89,900 dan RM107,900.
![Honda AS panggil balik 1.2 juta kereta Honda AS panggil balik 1.2 juta kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687855211_HondaCivic.jpg)
Honda AS panggil balik 1.2 juta kereta
American Honda Motor Co memanggil semula kira-kira 1.2 juta kenderaannya di Amerika Syarikat berhubung isu keselamatan berkaitan kamera undur.
![Kecoh kereta Honda 'parkir' atas Mercedes Kecoh kereta Honda 'parkir' atas Mercedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665705260_kereta.jpg)
Kecoh kereta Honda 'parkir' atas Mercedes
Difahamkan pemandu kereta Honda tersebut melanggar pintu pagar menyebabkan kenderaan itu melambung ke atas Mercedes.
![Honda HR-V Serba Baharu terima tempahan lebih 20,000 unit Honda HR-V Serba Baharu terima tempahan lebih 20,000 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658725301_HondaHondaHRV.jpg)
Honda HR-V Serba Baharu terima tempahan lebih 20,000 unit
Ia termasuk sistem penjanaan kuasa canggih serta ciri inovatif, dalam masa sama mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.
![Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655797137_honda.jpg)
Honda Malaysia tarik balik 1,527 unit kenderaan, babitkan model City, HR-V dan BR-V
Semua pelanggan terjejas akan dimaklumkan melalui surat, yang akan menyertakan butiran penarikan balik produk.
![Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025 Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646485276_KenichiroYoshida.jpg)
Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025
Syarikat elektronik Jepun, Sony dan syarikat automobil, Honda bersetuju untuk bekerjasama dalam membuat dan memasarkan kereta elektrik.