KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 akan mencatatkan pertumbuhan yang perlahan sebanyak 5.2 peratus tahun ke tahun berbanding 7.0 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022, berikutan pertumbuhan yang sederhana dalam semua sektor.
Dari segi permintaan, bank pelaburan itu berkata penggunaan swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan yang paling ketara, walaupun pada kadar yang perlahan.
"Kami menjangka sektor pembuatan mencatatkan sederhana, dicerminkan oleh kelembapan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan pada suku pertama 2023 yang mencatatkan 3.4 peratus tahun ke tahun berbanding 4.0 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022.
"Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti pembuatan berorientasikan eksport yang perlahan pada suku tahun tersebut dalam keadaan pertumbuhan global yang lemah dan permintaan antarabangsa yang rendah," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Katanya, pengeluaran berorientasikan domestik terus mengukuh, berkembang pada 6.0 peratus tahun ke tahun pada suku tahun tersebut berbanding 3.2 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022.
Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan turut dijangka perlahan, sejajar dengan indeks volum perkhidmatan yang lebih sederhana.
"Bagaimanapun, kami melihat pertumbuhan perkhidmatan disokong oleh peningkatan ketibaan pelancong dan permintaan domestik berikutan perayaan Tahun Baharu Cina dan sambutan sebelum Hari Raya.
"Ini dapat dilihat daripada pertumbuhan yang berterusan dalam sektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, walaupun pada kadar yang perlahan," katanya.
Menurut HLIB, sektor perlombongan turut dijangka sederhana berikutan pengeluaran yang perlahan disebabkan pengeluaran petroleum mentah dan gas asli yang rendah.
"Kami turut menjangka pertumbuhan yang perlahan dalam sektor pertanian, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit yang rendah pada suku tahun tersebut, terjejas oleh hujan lebat dan banjir pada Mac," katanya.
Sementara itu, katanya sektor pembinaan dijangka terus menyokong pertumbuhan berikutan peningkatan nilai kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan pada suku pertama 2023, terutamanya dalam kejuruteraan awam dan bangunan bukan kediaman.
Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan keputusan KDNK suku pertama 2023 esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
![HLIB jangka pertumbuhan KDNK perlahan pada suku pertama 2023 HLIB jangka pertumbuhan KDNK perlahan pada suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442071299_KUALALUMPUR.jpg)
Dari segi permintaan, bank pelaburan itu berkata penggunaan swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan yang paling ketara, walaupun pada kadar yang perlahan. -Gambar fail/Flickr
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
![HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025 HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734776166_TBkl.jpg)
HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025
Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025.
![KNDK Malaysia diunjur berkembang lebih 5.0 peratus pada 2024 - Penganalisis KNDK Malaysia diunjur berkembang lebih 5.0 peratus pada 2024 - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725850439_KualaLumpurskylin.jpg)
KNDK Malaysia diunjur berkembang lebih 5.0 peratus pada 2024 - Penganalisis
Hong Leong Investment Bank mengekalkan jangkaannya untuk pertumbuhan 5.0 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2024.
![Bank pelaburan semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2024 lebih tinggi Bank pelaburan semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2024 lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724044244_TBkl.jpg)
Bank pelaburan semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2024 lebih tinggi
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2024 lebih tinggi kepada 5.0 peratus berbanding 4.8 peratus sebelum ini.
![Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703582971_SorokMinyak.jpg)
Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.
![HLIB jangka ekonomi Malaysia 2024 berkembang 4.8 peratus HLIB jangka ekonomi Malaysia 2024 berkembang 4.8 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695799412_MPN.jpg)
HLIB jangka ekonomi Malaysia 2024 berkembang 4.8 peratus
Walaupun HLIB membayangkan BNM untuk kekal pada baki 2023, OPR diunjurkan terus menokok kepada paras normal 3.25 peratus pada 2024.
![HLIB jangka pertumbuhan KDNK perlahan pada suku pertama 2023 HLIB jangka pertumbuhan KDNK perlahan pada suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442071299_KUALALUMPUR.jpg)
HLIB jangka pertumbuhan KDNK perlahan pada suku pertama 2023
Penggunaan swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan yang paling ketara, walaupun pada kadar yang perlahan.
![HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023 HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585586_OilGasIndustry.jpg)
HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023
Ia menjangkakan bekalan dan permintaan minyak global akan setara pada 100 juta hingga 102 juta tong sehari pada separuh pertama 2023.
![Peningkatan sektor pembinaan akan berterusan tahun ini - HLIB Peningkatan sektor pembinaan akan berterusan tahun ini - HLIB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71477134658_pembangunanconstru.jpg)
Peningkatan sektor pembinaan akan berterusan tahun ini - HLIB
Hong Leong Investment Bank mengekalkan penarafan 'berprestasi tinggi' ke atas sektor pembinaan, berdasarkan aliran projek yang berterusan.