KUALA LUMPUR: Harga minyak dijangka kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023 berikutan dinamik permintaan dan bekalan diramalkan pada tahap setara dalam tempoh beberapa bulan akan datang, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).
Bank pelaburan itu turut menurunkan ramalannya bagi minyak mentah Brent kepada AS$85-AS$90 setong pada tahun depan daripada AS$93-AS$98.
"Kami juga berpandangan bahawa super kitaran petrokimia kini di belakang kita memandangkan sebaran produk yang dilihat semakin meningkat," katanya dalam nota penyelidikan pada Selasa.
HLIB berkata ia positif ke atas Prospek Aktiviti Petronas bagi 2023-2025 yang dikeluarkan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) semalam berikutan rantaian nilai utama seperti pelantar penggerudian, penyambungan dan pengoperasian luar pesisir, penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian, serta segmen kapal pengangkut sokongan luar pesisir diramal menyaksikan tahap aktiviti lebih baik pada 2023.
Ia menjangkakan bekalan dan permintaan minyak global akan setara pada 100 juta hingga 102 juta tong sehari pada separuh pertama 2023, namun diramal menyaksikan risiko peningkatan berikutan kemungkinan besar untuk China dibuka semula tahun depan.
Dalam pada itu, bank pelaburan itu menjangkakan perbelanjaan modal (capex) Petronas kekal pada paras RM40 bilion hingga RM50 bilion pada setiap tahun antara 2023 dan 2025 dengan sektar 15 peratus daripada capex tahunan diperuntukkan kepada inisiatif tenaga boleh baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
![HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023 HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663585586_OilGasIndustry.jpg)
HLIB menjangkakan bekalan dan permintaan minyak global akan setara pada 100 juta hingga 102 juta tong sehari pada separuh pertama 2023.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993154_TBDiesel.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.
![Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724844594_diesel.jpg)
Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung
Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631436302_TBPENOREHGETAH.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
![Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724844594_diesel.jpg)
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
![MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025 MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
![Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721295033_RON.jpg)
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
![Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631436302_TBPENOREHGETAH.jpg)
Pasaran getah KL ditutup lebih tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.