KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat di ASEAN dialu-alukan untuk mengembangkan perniagaan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), memanfaatkan platform perkhidmatan dan pembiayaan yang profesional di sana bagi meneroka pasaran Teluk Besar Guangdong-HK-Makau.
Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee Ka-Chiu, berkata ASEAN merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi HK dan entiti ekonomi kelima terbesar di dunia.
Melihat kepada pertumbuhan ekonomi yang kuat dan pembangunan yang berpotensi besar di ASEAN, beliau menzahirkan harapan untuk mencari peluang perdagangan dengan ASEAN selain mempromosi HK kepada negara-negara di rantau ini.
John Lee berkata demikian ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG), di sini, pada Khamis, iaitu hari terakhir lawatannya mengetuai delegasi HKSAR ke tiga negara ASEAN termasuk Singapura dan Indonesia.
Menurut beliau, dalam rangka lawatan kali ini beliau telah bertemu dengan pegawai kerajaan dan ahli perniagaan tempatan, serta mempromosi keunikan HK.
Jelas John Lee, kerjasama antara HK dengan negara-negara ASEAN turut mempunyai asas yang baik, dan ruang pembangunan di kedua-dua pihak juga tidak terbatas.
"HK mempunyai banyak kelebihan dan ia boleh digunakan untuk membantu ASEAN.
"Pada masa sama, ASEAN juga boleh mencari lebih banyak peluang perniagaan dan perdagangan dengan menggunakan platform di HK," kata beliau.
Untuk rekod, jumlah dagangan antara HKSAR dengan ASEAN memperbaharu rekod, iaitu mencapai HKD1.29 trilion (RM754.35 bilion) pada 2022.
Turut difahamkan, kini lebih 80 firma yang beribu pejabat di rantau ASEAN disenaraikan dalam bursa saham HK.
"HK ialah jambatan yang menghubungkan Tanah Besar China dengan dunia dan ia membolehkan negara-negara ASEAN meneroka pasaran gergasi di China.
"Ruang kerjasama antara kedua-dua pihak amat besar," kata John Lee.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
John Lee Ka-Chiu berkata ASEAN merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi HK dan entiti ekonomi kelima terbesar di dunia. - Bernama
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
Agenda AWANI: COP29 | Matlamat pembangunan mampan seiring keamanan sejagat
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
Tumpuan Selasa – 19 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
COP29: Suara anak muda diangkat, sama penting pembuat dasar
Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan mengangkat suara anak muda sama pentingnya dengan kelompok pembuat dasar, saintis dan golongan perniagaan. Dzulfitri Yusop ada perinciannya.
Agenda AWANI: COP29 - Langkah Malaysia Terajui Dialog Iklim Rantau ASEAN
Malaysia menggunakan platform #COP29 di Baku, Azerbaijan sebagai langkah permulaan untuk menerajui dialog iklim di antara negara-negara di rantau ASEAN. Diskusi #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
11 orang, 89 cedera akibat diserang peluru berpandu Rusia
Serangan itu turut mencederakan 89 penduduk, termasuk 11 kanak-kanak.
Petani Perancis bantah perjanjian perdagangan EU-Mercosur
Petani Perancis mengadakan protes pada Ahad bagi membantah cadangan perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dan pakatan ekonomi Amerika Selatan, Mercosur, memetik kebimbangan terhadap isu alam sekitar dan ekonomi.
10 Berita Pilihan - (18 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Runtuhan bangunan empat tingkat ragut 13 nyawa
Sekurang-kurangnya 13 individu disahkan terkorban dalam tragedi runtuhan bangunan di bandar Dar es Salaam, Tanzania yang berlaku pada pagi Sabtu. Perkara itu seperti yang dinyatakan sendiri Presiden Samia Suluhu Hassan dalam kemas kini terbaharunya pada yang Ahad yang mana beliau turut turun padang untuk melihat sendiri kemusnahan teruk bangunan empat tingkat itu.
HKSAR mahu perkasa kerjasama ekonomi, perdagangan dengan ASEAN
Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee Ka-Chiu, berkata ASEAN merupakan rakan dagang kedua terbesar bagi HK dan entiti ekonomi kelima terbesar di dunia.