KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu) telah memperoleh dua lanjutan kontrak berjumlah lebih RM23 juta untuk menyediakan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem mySIKAP di semua pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata dua kontrak itu bermula dari 1 Oktober 2022 hingga 31 Januari 2023.
Kontrak pertama adalah bagi penyelenggaraan dan sokongan teknikal infrastruktur ICT dan sistem mySIKAP di semua pejabat JPJ bernilai RM10.49 juta.
Ia adalah lanjutan kepada kontrak penyelenggaraan dan sokongan teknikal berjumlah RM36.25 juta yang diperolehnya tahun lepas untuk tempoh dari 6 September 2021 hingga 30 September 2022.
Kontrak kedua pula bernilai RM13.23 juta, ia adalah untuk penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan teknikal bagi perkakasan dan perisian sistem kerangka utama JPJ, ia adalah lanjutan daripada kontrak yang diterima syarikat itu pada 2020.
"Kedua-dua lanjutan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023," katanya.
Saham HeiTech Padu ditutup rendah pada RM0.65 semalam selepas dibuka pada RM0.66 dengan paras tertinggi harian pada RM0.69.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
![HeiTech Padu peroleh lanjutan kontrak daripada JPJ HeiTech Padu peroleh lanjutan kontrak daripada JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666225799_HeiTechPaduBerhad.jpg)
Saham HeiTech Padu ditutup rendah pada RM0.65 semalam selepas dibuka pada RM0.66 dengan paras tertinggi harian pada RM0.69.
![11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM 11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720329749_KKM.jpg)
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
![Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia penerima Tokoh Maal Hijrah Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia penerima Tokoh Maal Hijrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720332674_SambutanMaalHijra.jpg)
Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia penerima Tokoh Maal Hijrah
Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan.
![Copa America: Uruguay matikan samba, hantar Brazil ke penyingkiran Copa America: Uruguay matikan samba, hantar Brazil ke penyingkiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720331858_CopaAmerica.jpg)
Copa America: Uruguay matikan samba, hantar Brazil ke penyingkiran
Uruguay melangkah ke separuh akhir Copa America selepas menumpaskan Brazil dalam penentuan sepakan penalti.
Kumpulan politik, masyarakat Sudan bertemu bincang penamatan perang
Kumpulan politik dan masyarakat sivil Sudan yang bermesyuarat pada Sabtu di Kaherah bersetuju mengenai keperluan menamatkan perang di Sudan dan kepentingan komitmen terhadap Deklarasi Jeddah.
Pihak yang berperang, bagaimanapun, tidak mengambil bahagian dalam persidangan tajaan Mesir itu, dan pemimpin pemberontak yang bersekutu dengan tentera tidak menyokong kenyataan terakhir tersebut.
Pihak yang berperang, bagaimanapun, tidak mengambil bahagian dalam persidangan tajaan Mesir itu, dan pemimpin pemberontak yang bersekutu dengan tentera tidak menyokong kenyataan terakhir tersebut.
Ribuan rakyat Palestin berlindung di stadium
Ribuan rakyat palestin perlindungan di stadium sukan Yarmouk di bandar Gaza, selepas melarikan diri daripada serangan baharu oleh tentera Israel di kawasan kejiranan Shijaiyah timur bandar itu.
Perkara tu dilakukan susulan serangan tanpa henti rejim Zionis yang kononnya ingin menentang pejuang Hamas di kawasan Shijaiyah.
Perkara tu dilakukan susulan serangan tanpa henti rejim Zionis yang kononnya ingin menentang pejuang Hamas di kawasan Shijaiyah.
![Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720331118_USAS.jpg)
Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
Bekas mufti Hassan Ahmad dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M.
Tak jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
Rakyat diingatkan agar tidak menjadikan media sosial sebagai tempat untuk berbalah atau bertengkar, titah Sultan Ibrahim.
Memahami sentimen pengundi di sebalik keputusan PRK Sg Bakap
Penganalisis politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkongsi pandangan mengenai sentimen pengundi di sebalik keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
AWANI Ringkas: Insafi kekalahan di DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626331137_TBFarhashWafa.jpg)
Farhash Wafa tidak lagi jadi pemegang saham utama Heitech Padu
Rosetta Partners menjadi pemegang saham besar dalam HeiTech Padu selepas ia membeli 15.9 peratus kepentingan dalam syarikat itu pada 12 Mac, 2024.