JOHOR BAHRU: Syarikat pembinaan yang berpangkalan di Johor, Haily Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya Haily Construction Sdn Bhd telah menerima Surat Anugerah (LA) daripada Nice Frontier Sdn Bhd, anak syarikat IOI Properties Group Berhad, untuk melaksanakan projek perumahan komuniti di Kulai, Johor bernilai RM14.57 juta.
Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, pemberian projek terbaharu ini akan meningkatkan nilai projek Haily yang kini berjumlah RM543.22 juta, melibatkan 22 projek pembinaan bangunan dan 2 projek pembinaan berkaitan kejuruteraan awam yang sedang dijalankan.
Menurutnya, kontrak terbaru ini akan memenuhkan jadual Haily untuk 16 bulan akan datang dan akan menyumbang kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan Haily bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023.
Beliau berkata, pemerolehan projek terbaharu adalah satu lagi bukti keupayaan Haily Construction sebagai kontraktor Gred G7 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
"Ini kerana majikan memerlukan semua kerja dinilai berdasarkan standard kualiti yang dinyatakan dalam Standard Industri Pembinaan (CIS) 7:2014 Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan yang dikeluarkan oleh CIDB dan mencapai markah minimum 68% untuk Penilaian Kualiti QLASSIC,'' ujarnya.
Dalam pemberitahuan kepada Bursa Malaysia mendedahkan bahawa projek itu melibatkan cadangan pembinaan dan penyiapan 216 unit rumah bandar strata berukuran 20 kaki x 60 kaki (9 blok), pejabat pengurusan dan pencawang TNB.
Tempoh kontrak adalah 16 bulan dari tarikh permulaan, yang akan dimaklumkan kepada Haily sewajarnya.
Beliau percaya pengumuman baru-baru ini oleh kerajaan Malaysia dalam Bajet 2022 untuk meremajakan sektor hartanah tempatan akan meningkatkan pemulihan industri pembinaan tahun depan.
Menyingkap semula, Haily Construction telah menerima projek kediaman yang dianugerahkan oleh Factor Synergy Sdn Bhd pada 5 November 2021, anak syarikat milik penuh TA Global Berhad bernilai RM23.70 juta.
Haily Construction juga, pada 2 November 2021, telah menerima projek perumahan oleh Gunung Impian Development Sdn Bhd untuk projek kediaman yang terletak di Tebrau, Johor bernilai RM27.21 juta.
Haily membuat penampilan sulungnya dalam Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities pada 21 Julai 2021.
Kumpulan secara dasarnya adalah kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia, khususnya Johor. Ia juga menyediakan jentera pembinaan untuk tujuan penyewaan.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Nov 13 2021
Haily Construction Sdn Bhd telah menerima Surat Anugerah (LA) daripada Nice Frontier Sdn Bhd, anak syarikat IOI Properties Group Berhad, untuk melaksanakan projek perumahan komuniti di Kulai, Johor bernilai RM14.57 juta. -Dagang News
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Haily Group menang kontrak RM52.30 juta daripada unit Mah Sing
Haily Group berkata projek itu, yang merupakan kontrak ketiga daripada Mah Sing, juga merupakan kontrak terbesar kumpulan sejak penyenaraiannya pada Julai 2021.
Haily raih projek pembinaan rumah komuniti RM14.57 juta di Kulai
Pemerolehan projek terbaharu adalah satu lagi bukti keupayaan Haily Construction sebagai kontraktor Gred G7 dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).