KUALA LUMPUR: Penguguran pelaburan BlackRock daripada Malaysia dijangka mendatangkan implikasi dan kesan negatif kepada usaha merealisasikan agenda pelaburan negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun ia tidak menjejaskan perdagangan Malaysia dengan negara-negara lain, jika kerajaan mengambil pendirian untuk tidak membenarkan pelaburan dengan syarikat tersebut.
“Isu itu tak berbangkit kerana tidak ada polisi atau dasar yang kita menghalang syarikat-syarikat seperti BlackRock, Vanguard atau mana-mana syarikat lain yang ada kepentingan dalam syarikat-syarikat global ini atau pun kepentingan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai.
"Kita tak ada penglibatan atau polisi yang menghalangi mereka buat masa ini," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai kesan dari segi perdagangan kepada negara lain, jika Malaysia tidak membenarkan BlackRock melabur di negara ini.
Sementara itu, menjawab soalan asal Guan Eng berhubung jumlah pelaburan BlackRock atau syarikat yang ada kaitan dengannya di Malaysia, Tengku Zafrul berkata, BlackRock merupakan pengurusan aset terbesar di dunia dengan nilai RM49.35 trilion atau AS$10.5 trilion, setakat 31 Mac 2024.
Jelas beliau, syarikat itu memegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di dunia dan dana-dana berdaulat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Indonesia.
Kata Tengku Zafrul, syarikat itu telah berada di Malaysia sejak 1990-an dan memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai Malaysia merangkumi sektor industri dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan.
"Secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 bilion di Malaysia iaitu RM20.5 bilion dalam pasaran saham di Bursa Malaysia; dan sekitar RM7.0 bilion dalam Bon kerajaan dan korporat di Malaysia
"Berdasarkan semakan, antara pelaburan BlackRock di dalam pasaran bon terbitan kerajaan adalah seperti berikut: Malaysia Sukuk Global Berhad; Export-Import Bank of Malaysia Berhad; Malaysia Wakala Sukuk Berhad; Petroliam Nasional Berhad; dan Malaysia Sovereign Sukuk Berhad," ujar Tengku Zafrul lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Jun 27 2024

Tengku Zafrul berkata, BlackRock memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 bilion di Malaysia iaitu RM20.5 bilion dalam pasaran saham di Bursa Malaysia. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Gugur pelaburan BlackRock beri kesan negatif pada agenda pelaburan negara - Tengku Zafrul
BlackRock pegang saham dalam hampir semua syarikat tersenarai awam di dunia dan dana-dana berdaulat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Indonesia.