KUALA LUMPUR: Intervensi dasar seperti dalam penetapan gaji minimum diperlukan dan penting dalam pasaran buruh untuk meningkatkan keberhasilan gaji, meningkatkan gaji pekerja berpendapatan rendah serta mengurangkan ketidaksamaan gaji.
Menurut Tinjauan Ekonomi 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, pengenalan gaji minimum pada 2013 merupakan satu langkah progresif yang penting namun masih banyak yang perlu dilakukan sekiranya sasaran kerangka Ekonomi MADANI untuk meningkatkan upah pekerja kepada 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ingin dicapai.
Tinjauan itu menyebut pengajaran utama daripada pelaksanaan gaji minimum adalah langkah progresif, perundingan dan ketegasan diperlukan untuk meningkatkan kesaksamaan dan keterangkuman ekonomi.
"Justeru, dasar semasa perlu memberikan tumpuan untuk memastikan peningkatan signifikan dalam paras gaji median pada masa hadapan. Sekiranya pelaksanaan gaji minimum telah berjaya meningkatkan gaji golongan pekerja bergaji terendah maka langkah seterusnya perlu ditumpukan kepada golongan pekerja bergaji pertengahan," katanya.
Menurut laporan itu, lepasan baharu institusi pengajian tinggi di Malaysia berdepan dengan masalah pertumbuhan gaji yang lembap sejak lebih sedekad lalu apabila lebih 70 peratus daripada mereka yang bekerja memperoleh gaji di bawah RM2,000 sebulan malah lebih membimbangkan peratus yang bergaji antara RM1,000 dan RM2,000 meningkat daripada 43.7 peratus pada 2010 kepada 54.6 peratus pada 2020.
Selain itu, peratusan golongan itu bergaji melebihi RM2,000 telah berkurang sebanyak 2.3 peratus manakala yang berpendapatan di bawah gaji minimum meningkat daripada 48.8 peratus kepada 51.1 peratus antara 2019 dan 2020.
"Ketidakupayaan pasaran buruh untuk membayar lepasan baharu dengan sewajarnya adalah disebabkan oleh cabaran struktural yang lebih besar dalam penciptaan pekerjaan," katanya.
Menurut laporan itu, walaupun cabaran struktural merupakan penyebab kepada masalah gaji, namun trend tahap gaji rendah menjadi punca yang menyumbang kepada masalah struktural di negara ini.
Dua trend utama yang dikaitkan dengan isu kekurangan pekerjaan bergaji tinggi ialah penghijrahan bakat dan peningkatan jumlah pekerjaan tidak standard seperti pekerjaan gig, p-panggilan dan e-panggilan.
"Berdasarkan kajian Bank Dunia pada 2010, kira-kira 54 peratus daripada bakat Malaysia yang berhijrah ke luar negara berada di Singapura. Kadar gaji lebih tinggi merupakan pendorong utama yang menarik rakyat Malaysia untuk bekerja di Singapura.
"Kira-kira 26 peratus daripada guna tenaga terlibat dalam pekerjaan gig pada 2020 dan anggaran awal menunjukkan sektor gig boleh memberikan pendapatan bulanan yang kompetitif berbanding gaji permulaan graduan baharu," katanya.
Sekiranya Malaysia berhasrat untuk keluar daripada belenggu gaji rendah, keuntungan rendah dan produktiviti rendah, model perniagaan serta pertumbuhan ekonomi yang bergantung kepada buruh murah perlu diatasi melalui usaha yang bersepadu untuk meningkatkan gaji.
Menurut laporan itu usaha sedemikian memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja untuk memastikan keberkesanan dan pelaksanaan yang mampan.
"Kerangka Ekonomi MADANI menekankan keperluan pendekatan seluruh negara dengan tumpuan untuk memperkasakan rakyat demi 'Bersama Membina Malaysia yang Lebih Baik'. Justeru, majikan dan perniagaan perlu mendukung matlamat pertumbuhan gaji sebagai sumber transformasi perniagaan dan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
![Gaji minimum intervensi dasar penting tingkat keberhasilan gaji - Tinjauan Ekonomi 2024 Gaji minimum intervensi dasar penting tingkat keberhasilan gaji - Tinjauan Ekonomi 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672852532_HBREAKMINIMUM.jpg)
Dua trend utama yang dikaitkan dengan isu kekurangan pekerjaan bergaji tinggi ialah penghijrahan bakat dan peningkatan jumlah pekerjaan tidak standard seperti pekerjaan gig, p-panggilan dan e-panggilan. - Gambar hiasan/Unsplash
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa? [KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41536253475_work.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.
![Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736334942_TBFAHMI.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.
![Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736568737_UniversitiMalaya.jpg)
Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.
![Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734516022_tbkespukul.jpg)
Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059760_NoorAziah.jpg)
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
![MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161712_MCMCLogo.jpg)
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
![Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729242256_TBANWARBAJET.jpg)
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
![Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655824887_TBPEMUISI.jpg)
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
![Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726091780_ChangLihKang.jpg)
Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang
Menurut Chang, program CSSP di Geneva juga berupaya merangsang minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
![Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719390587_DrZambryAbdulKadi.jpg)
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.