KUALA LUMPUR: Empat bot pemintas laju (FIC) buatan tempatan jenis FIC G2000 MkII berjaya disiapkan Gading Marine (M) Sdn. Bhd. (Gading Marine) apabila diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Aset-aset tersebut diserahkan pihak Gading Marine kepada Markas Armada TLDM Wilayah Timur di Kota Kinabalu, Sabah.
Difahamkan, majlis penerimaan secara rasmi pula bakal diadakan pada Februari yang menyaksikan bot-bot FIC G2000 MkII ini dioperasikan di perairan Sabah.
Ia berperanan sebagai elemen sokongan pertahanan maritim negara terutama kepada kapal TLDM dalam meningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan di perairan cetek dan berpulau.
Sabah misalnya mempunyai banyak pulau menjadikan penugasan bot-bot FIC sangat relevan.
Ini merupakan kumpulan pertama daripada kesemuanya 13 buah bot FIC yang dibeli Kementerian Pertahanan dua tahun lalu.
Baki sembilan buah lagi bot FIC dijangka akan diserahkan pada pertengahan tahun ini. FIC G2000 MkII merupakan versi ketiga daripada bot Siri G2000 yang dibina oleh syarikat tersebut.
Kejayaan Gading Marine menyiapkan bot-bot ini menunjukkan syarikat tempatan masih mempunyai kemampuan sebagai penyedia aset pertahanan negara.
Walaupun bukan membina kapal perang tetapi Gading Marine menepis stigma tentang tanggapan sesetengah pihak pada industri tempatan.
Ini merupakan pembelian tambahan kepada enam buah FIC G2000 Mk1 yang diterima TLDM pada April 2021 daripada Gading Marine bernilai RM80 juta.
Bermakna apabila diterima sepenuhnya, TLDM mengoperasikan sebanyak 19 buah bot FIC G2000.
Versi G2000 MKII mempunyai spesifikasi lebih tinggi melalui sistem pendorong yang lebih berkuasa.
Apa yang menarik pada varian ini ialah dilengkapi dengan sistem senjata kawalan jauh (RCWS) menggunakan mesingan berat (HMG) CANiK M2 QCB buatan Turki selain dua laras mesingan 7.62mm pada sisi bot.
Pemasangan HMG ini menjadikan bot FIC lebih berbisa semasa melakukan rondaan atau misi kerana boleh melepaskan tembakan secara kawalan automatik.
Ini mengurangkan risiko kru terdedah kepada tembakan balas musuh selain kawalan sistem RCWS mempunyai ketepatan lebih tinggi.
Penggunaan HMG dan sistem RCWS buatan Turki ini juga adalah yang pertama bagi TLDM yang mana kontrak perolehan tersebut dimeterai pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur pada 2022.
Mesingan CANiK M2 QCB turut digunakan Tentera Darat yang dipasang pada kenderaan pacuan empat roda.
Turut ditambah baik ialah susun atur dalaman FIC bagi memberikan lebih keselesaan kepada kru.
FIC yang panjang 18 meter memiliki dua jentera 1,550 kuasa kuda dengan sistem dorongan jet dikendalikan lima kru dengan kelajuan sehingga 50 knot.
Sebelum ini TLDM mempunyai perancangan untuk menggantikan 17 buah bot CB90 buatan syarikat Dockstavarvet, Sweden yang digunakan sejak 20 tahun lalu dengan bot seperti FIC.
Bagaimanapun, melihat pada keadaan semasa selain faktor kekurangan aset maka kemungkinan khidmat bot CB90 diteruskan. - Dagang News
Dagang News
Mon Jan 15 2024

Aset-aset tersebut diserahkan pihak Gading Marine kepada Markas Armada TLDM Wilayah Timur di Kota Kinabalu, Sabah. - Gambar/ Dagang News

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Gading Marine siapkan 4 bot pemintas laju TLDM
Empat bot pemintas laju (FIC) buatan tempatan jenis FIC G2000 MkII berjaya disiapkan Gading Marine (M) Sdn. Bhd. (Gading Marine) apabila diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kementerian Pertahanan mahu tambah 13 bot pemintas kukuh perairan negara
Kementerian Pertahanan bercadang untuk menambah 13 lagi bot pemintas "Fast Interceptor Craft" (FIC) bernilai lebih RM120 juta bagi memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya di bahagian perairan.

Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.