KUALA LUMPUR: Pejabat Senator Datuk Seri Zurainah Musa telah menganjurkan sebuah program Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi dengan usahasama beberapa agensi kerajaan iaitu SIRIM, PUNB, TEKUN, MARA, SKM, SME CORP, dan PERNAS. Selain itu, 20 rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah dikumpulkan dengan bantuan Pertubuhan HAWA Malaysia untuk turut serta berganding bahu di dalam program ini. Program ini telah berlangsung pada 30 Julai 2023 dari 9.00 pagi sehingga 3 petang di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam. Ia telah melibatkan hampir 200 peserta dan hadirin.
Program ini dianjurkan untuk menjawab situasi sektor ekonomi negara yang sedang berhadapan
dengan pelbagai cabaran termasuk ketidakstabilan pasaran, ancaman teknologi, keperluan tenaga
buruh, impak pasca wabak COVID-19 dan persaingan di antara negara lain. Situasi ini telah menggugat
industri sektor perniagaan dan usahawan Malaysia untuk berkembang dan menjejaskan kebolehan
mereka untuk menjanakan pekerjaan yang berpendapatan tinggi bagi rakyat Malaysia.
Berdasarkan wawasan ekonomi madani yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri baru-baru ini, Malaysia telah meletakkan sasaran untuk menjadi antara 30 negara ekonomi
terbesar di dunia. Perkara ini hanya boleh tercapai jikalau perniagaan dan usahawan tempatan dapat
bangkit semula untuk meraih peluang dalam negara.
Dengan bantuan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan HAWA Malaysia yang dipimpin oleh Yg Bhg Tan
Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Senator Datuk Seri Zurainah Musa selaku Senator lantikan Yang
Di-Pertuan Agong yang mewakili sektor korporat, program ini dilaksanakan untuk memperkukuhkan
agenda pembangunan usahawan negara.
Program yang dianjurkan telah menyasarkan kepada TIGA (3) fokus usahawan utama iaitu:
1. Usahawan yang baru memulakan perniagaan.
2. Usahawan yang telah berniaga 3 hingga 5 tahun dan ingin mengembangkan perniagaan.
3. Usahawan yang telah berniaga melebihi 5 tahun dan ingin mengembangkan perniagaan ke
peringkat antarabangsa.
Usahawan-usahawan tempatan telah diberikan ilmu dan peluang untuk harus mendapat maklumbalas
terus daripada pihak agensi berkaitan cabaran usahawan di Malaysia.
Tarikan program ini adalah sebuah forum yang akan dibarisi oleh wakil-wakil agensi keusahawanan di
Malaysia, seperti wakil dari PUNB, PERNAS, MARA, SIRIM, SME CORP, dan TEKUN. Persoalan
berkaitan persepsi dan cabaran dalam mendapat insentif agensi kerajaan telah diulas oleh wakil-wakil
setiap agensi sewaktu sesi forum program ini.
Selain daripada itu, terdapat rerurai (booth) agensi-agensi berada di luar auditorium sepanjang 9.00
pagi sehingga 3.00 petang untuk memberi peluang kepada peserta-peserta forum mendapat maklumat
berkaitan inisiatif dan insentif setiap agensi secara terperinci.
Program ini turut dihadiri oleh beberapa jemputan Khas seperti Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat
Abdul Jalil, Pengerusi Pertubuhan HAWA Kebangsaan dan malah akan dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Datuk Wira Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Politik kepada YAB Dato’
Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Lebih menarik lagi, program ini telah
disokong oleh sebuah pertubuhan baru iaitu HAWA. HAWA adalah sebuah pertubuhan yang
memperkasakan Wanita dan Keluarga bagi mencapai kesejahteraan hidup menuju sebuah negara
membangun. HAWA Ekonomi, salah satu kumpulan fokus HAWA Kebangsaan, bertindak sebagai
penggerak kepada inisiatif penjanaan ekonomi bagi mampu meningkatkan pendapatan Wanita dan isi
rumah dan mengeluarkan mereka dari himpitan kemiskinan.
Kenyataan Media
Sun Jul 30 2023

Antara usahawan yang hadir pada Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi di Pejabat SIRIM, Shah Alam pada Sabtu. - Foto Pejabat Senator Datuk Seri Zurainah Musa

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi bantu usahawan hadapi cabaran ekonomi semasa
Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi dianjurkan untuk menjawab situasi sektor ekonomi negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran.