Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) hari ini enggan mengulas lanjut susulan khabar angin bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
Dalam mesej ringkas kepada Astro AWANI hari ini, FGV memaklumkan sebarang pengumuman rasmi akan dibuat jika wujud perkembangan terbaru.
“Kami bukan dalam kedudukan sesuai untuk mengulas lanjut, jika wujud sebarang perkembangan, pengumuman rasmi akan dibuat,” kata pegawai Perhubungan Korporat FGV melalui satu pesanan.
Ia sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang melaporkan Zakaria bakal menggantikan Emir.
Emir yang memegang jawatan itu sejak Januari 2013 kini memegang kontrak CEO secara bulanan.
Zakaria kini merupakan Ketua Kluster Hiliran FGV bermula 1 Januari 2014.
Beliau dilantik sebagai CEO Delima Oil Products Sdn Bhd sebelum menyandang jawatan tersebut.
Najib Aroff, Luqman Hariz
Thu Mar 10 2016

Zakaria (gambar) dilantik mengetuai kluster hiliran FGV sejak 1 Januari 2014. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lepaskan saya secara baik - CEO FGV Zakaria Arshad
Antara soalan diajukan (dalam siasatan dalaman) adalah soal lauk yang saya makan pada tahun 2010 dan 2011. Sudah tentu saya tidak ingat.

FGV bakal punyai CEO baharu?
Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) enggan mengulas lanjut khabar angin bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu FGV.