Dua lagi tanah rancangan Felda di Pahang bakal dibangunkan di bawah Program Felda 2.0 pada tahun ini selepas ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Lurah Bilut pada 4 Feb lepas.
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dua tanah rancangan itu terletak di bawah Wilayah Kuantan dan Jengka, namun tempat yang terpilih masih belum dikenal pasti.
“Pihak Felda kini sedang menunggu maklum balas daripada setiap pengurus rancangan di dua wilayah berkenaan dan mereka perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum terpilih mengikuti program ini.
Felda memilih Pahang sebab bilangan peneroka di sini paling ramai dan tanah rancangan juga paling banyak iaitu 115 daripada 321 kawasan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Surat Hak Milik Tanah kepada 229 peneroka Felda Chini 3 dan 5 di sini hari ini.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri Datuk Seri Abu Bakar Harun.
Menurut Shahrir, setiap kawasan yang terpilih akan diberikan peruntukan RM10 juta daripada Felda dan RM10 juta lagi daripada kerajaan pusat bagi menaik taraf kehidupan dan kemudahan di kawasan itu.
Pada 4 Feb lepas, perdana menteri melancarkan Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut sebagai satu daripada inisiatif kerajaan untuk mentransformasi dan memberi wajah baharu kepada 317 kawasan tanah rancangan Felda di negara ini.
Inisiatif baharu itu bukan sahaja memberi fokus untuk mewujudkan komuniti Felda yang pintar, mampan, dan berdaya tahan tetapi juga lestari dari segi ekonomi serta alam sekitar.
Dalam masa yang sama, Shahrir berharap langkah kerajaan itu dapat menggalakkan generasi kedua untuk tinggal dan terbabit dalam aktiviti ekonomi yang baharu di tempat sendiri.
“Mereka tidak perlu lagi mencari kerja di luar…tinggalkan orang tua di Felda dan mencari rezeki di tempat orang. Jika diperhatikan dalam setiap Felda ada lokasi dan produk unik yang boleh diketengahkan.
"Jadi saya minta agar pihak pengurusan Felda di negara ini bijak menaik taraf dan menggunakan kelebihan termasuk daripada aspek tarikan pelancongan bagi menambah pendapatan warga Felda sendiri,” katanya.
Sementara itu, Shahrir berkata 87 peratus soal penyerahan surat hak milik tanah kepada peneroka Felda telahpun selesai dan selebihnya akan dilakukan secara berperingkat.
Bernama
Mon Feb 12 2018

Shahrir berharap langkah kerajaan itu dapat menggalakkan generasi kedua untuk tinggal dan terbabit dalam aktiviti ekonomi yang baharu di tempat sendiri. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.