Malaysia berada di kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada syarikat antarabangsa yang berhasrat memindahkan operasi mereka dari China untuk mengelakkan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam wawancara dengan Kumpulan Perniagaan Oxford (OBG) baru-baru ini, Perdana Menteri turut mengakui bahawa negara anggota ASEAN turut terjejas oleh penurunan permintaan disebabkan ekonomi China yang semakin perlahan susulan pertikaian perdagangan yang berlarutan dengan AS mula memberikan kesan negatif.
"Bagaimanapun, wujud kemungkinan bahawa, disebabkan sekatan perdagangan yang dikenakan AS, banyak syarikat yang beroperasi di China akan menimbangkan untuk berpindah ke luar negara.
"Sekiranya ini yang berlaku, mereka mungkin menimbangkan negara Asia Tenggara. Sesetengah syarikat sudah berbuat demikian, khususnya Vietnam yangtelah mendapat manfaat daripadanya, dan Malaysia dilihat sebagai pilihan menarik," katanya dalam wawancara itu yang diadakan di luar perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York bulan lepas.
Wawancara itu yang dimuat naik dalam laman web OBG, adalah sebahagian daripada usaha baharu syarikat penyelidikan dan penasihat global itu untuk memberikan risikan perniagaan mengenai Malaysia kepada audien antarabangsa yang berminat dengan peluang perniagaan, perdagangan dan pelaburan di pasaran yang sedang pesat membangun.
Berhubung isu berkaitan China, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak akan menganggu status quo sedia ada di Laut China Selatan dengan syarat ia kekal terbuka kepada aktiviti perkapalan dan komersial dan selagi China tidak cuba mengenakan sebarang sekatan terhadap pelayaran bebas di rantau itu.
Perdana Menteri turut menyentuh mengenai pendekatan berhemah dan peranan kepimpinan Malaysia dalam dunia Islam dan menzahirkan hasratnya untuk memperkukuhi hubungan ekonomi dengan negara majoriti Islam.
"Walaupun Malaysia mempunyai sejumlah besar penduduk bukan Islam, ia masih dianggap sebagai negara Islam dan penduduk dunia Islam yang lain melihat Malaysia sebagai contoh bagi pembangunan ekonomi dan kestabilan politik ...(tetapi) untuk menyaksikan pertumbuhan selanjutnya, kami memerlukan negara-negara Islam untuk mengurangkan sekatan supaya perdagangan menjadi lebih terbuka dan telus," katanya.
Berhubung isu domestik, Dr Mahathir menegaskan amat penting bagi ''Wawasan Kemakmuran Bersama 2030' (WKB2030) yang dilaksanakan kerajaan adalah berkesan dalam menggalakkan keterangkuman dan pertumbuhan mampan atau negara akan berdepan kemelut politik dan sosial.
WKB 2030 berobjektif untuk menambah baik penstrukturan ekonomi Malaysia, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah dan ketaksaksamaan pengagihan kekayaan.
"Kami memerlukan dasar yang berkesan untuk menggalakkan keterangkuman dan pertumbuhan mampan. Selagi jurang ekonomi wujud dalam negara, sesetengah rakyat akan berasa tidak gembira dan malah mungkin menolak kerajaan.
"Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengurangkan ketidaksamarataan, terutamanya antara penduduk bandar dan luar bandar, dan antara rakyat pelbagai kaum.
"Amat penting untuk kami menangani isu ini untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kekayaan dan peluang," katanya.
Pentadbiran Dr Mahathir mahu menggalakkan kemakmuran menerusi pelaksanaan enjin pertumbuhan baharu yang memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh ekonomi digital dan Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).
Untuk mencapai objektif itu, dasar negara mengenai Industri 4.0, iaitu Industry4WRD dilancarkan pada Oktober 2018 dengan matlamat untuk memacu transformasi digital dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan yang berkaitan.
Sementara tumpuan diberikan untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan syarikat dan pekerja domestik, Dr Mahathir berkata pelaburan langsung asing (FDI) akan memainkan peranan penting dalam memacu peralihan Malaysia kepada ekonomi maju.
"FDI telah menyumbang secara signifikan terhadap pembangunan negara sejak sekian lama. Kini, dengan kemunculan ekonomi digital, ia dijangka bakal menyumbang lebih banyak lagi.
"Kami berharap untuk menggalakkan syarikat yang telah berkembang maju dari segi tranformasi digital untuk bertapak di Malaysia, memperkenalkan sistem mereka dan memanfaatkan tenaga kerja kami, yang telah dan sedang dilatih untuk memenuhi keperluan ekonomi digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

ASEAN turut terjejas oleh penurunan permintaan disebabkan ekonomi China yang semakin perlahan susulan pertikaian perdagangan yang berlarutan dengan AS mula memberikan kesan negatif. - Gambar fail

Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dirampas
Dua lelaki ditahan di sebuah rumah teres di kawasan perumahan di Segambut di sini ketika sedang leka memindahkan bungkusan hitam berisi bunga kanabis seberat kira-kira 42 kilogram (kg).
Suruhanjaya Kredit Pengguna diharap tingkat keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Suruhanjaya Kredit Pengguna yang akan diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap ketelusan institusi kewangan. Tambah Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof, suruhanjaya berkenaan juga diharap dapat menyeleraskan kontrak pembelian demi melindungi pengguna. #DialogPoketRakyat
RUU Kredit Pengguna selia semua pembelian secara kredit oleh pengguna - Penganalisis
Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna dijangka akan memusatkan semua perundangan dan kuasa penyeliaan bagi transaksi pembelian secara kredit oleh pengguna di bawah satu agensi persekutuan. Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan pula berharap RUU ini akan menyelia semua institusi kewangan dibawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). #DialogPoketRakyat
BNPL banyak perangkap hutang, promosi jualan dan kontrak tidak jelas - Penganalisis
Skim Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan mempunyai pelbagai perangkap hutang kepada pengguna. Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham berkata perangkap tersebut dalam bentuk kadar kredit yang tinggi. Bagi Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof pula perangkap itu dalam bentuk promosi yang menggiurkan. Manakala Penasihat Persatuan Ekonomi Pengguna & Keluarga (MACFEA), Prof. Dr. Faridah Hassan berkata perangkap tersebut melibatkan kontrak jualan atau pinjaman yang sukar difahami pengguna. #DialogPoket Rakyat

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.