FACEBOOK Messenger semakin hari semakin menjadi aplikasi pemesejan serba lengkap.


Ringkasan AI
  • Messenger kini menyokong video latar belakang yang dijana AI, penstriman video resolusi HD, kualiti audio yang ditambah baik dengan ciri mengurangkan kesan hingar, dan ciri menghantar mesej video.
  • Messenger telah menerima integrasi chatbot Meta AI dan kini menyokong Siri untuk menghantar mesej atau memulakan panggilan audio/video.
  • Messenger menyokong penyulitan hujung-ke-hujung untuk setiap mesej dan telah melihat peningkatan jumlah pengguna baru-baru ini.


Messenger kini menyokong penyulitan hujung-ke-hujung untuk setiap mesej, serta menerima integrasi chatbot Meta AI.

Terbaharu, Messenger telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu yang menarik.

Pertama adalah video latar belakang yang dijana AI, di mana pengguna boleh menjana video sendiri dengan prom teks atau memilih video sedia ada.

Kemudian untuk panggilan video terdapat ciri penstriman resolusi HD dan kualiti audio ditambah baik dengan ciri mengurangkan kesan hingar. Seperti WhatsApp, Messenger turut menerima ciri menghantar mesej video.

Meta turut mengintegrasikan sokongan Siri untuk menggunakan Messenger, di mana pengguna kini boleh menyeru Siri untuk menghantar mesej atau memulakan panggilan audio/video.

Kemas kini ini dilihat diedarkan secara berperingkat kerana dalam cubaan saya pada peranti Android dan iOS sebentar tadi ciri baharu masih tidak kelihatan. -Amanz