KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana pada kadar 3.3 peratus berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023, berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menurut Kementerian Ekonomi.
Dalam kenyataan pada Jumaat, kementerian itu menjelaskan anggaran prestasi mengikut sektor menunjukkan pertumbuhan disokong oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan dengan aktiviti pelancongan memperlihatkan pemulihan selain kemajuan pelaburan dan pelaksanaan projek infrastruktur utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) dan MyDIGITAL 5G.
Kementerian Ekonomi memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang pada kadar 4.0 peratus bagi 2023 berdasarkan prestasi semasa ekonomi dunia dan pencapaian separuh pertama tahun ini.
Anggaran yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024 telah mengambil kira jangkaan pertumbuhan suku ketiga 2023 yang dalam lingkungan anggaran pertumbuhan ini, jelasnya.
Bagi 2024 pula, ekonomi negara dijangka mencatatkan pertumbuhan di antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus, disokong oleh persekitaran luar yang semakin pulih dan jangkaan permintaan domestik lebih baik. tambahnya.
Kementerian menekankan bahawa selain itu, keadaan pasaran buruh dijangka stabil dengan tumpuan turut diberi untuk meningkatkan aktiviti pelaburan melalui pelaksanaan berterusan projek infrastruktur serta strategi dan inisiatif mengikut dasar utama kerajaan.
"Dalam hubungan ini, kerajaan akan terus memastikan ekonomi negara berkembang dan kesejahteraan rakyat akan terus diberi keutamaan dengan pelaksanaan strategi yang diumumkan menerusi Belanjawan 2024, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
"Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikan ekonomi ke landasan yang sebenarnya," menurut Kementerian Ekonomi.
Ekonomi akan distrukturkan semula bagi mempercepat peralihan ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia, menurutnya.
Selain itu, Anjakan Besar juga dilaksanakan untuk memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan perusahaan sosial, memperkukuh jaringan pengangkutan awam dan memastikan ketersediaan bakat masa hadapan, jelasnya.
"Tumpuan akan turut diberi untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dalam industri berasaskan teknologi bagi merangsang pertumbuhan sektor dan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi," kata kementerian itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Kementerian Ekonomi memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang pada kadar 4.0 peratus bagi 2023 berdasarkan prestasi semasa ekonomi dunia dan pencapaian separuh pertama tahun ini. - Gambar fail/Bernama
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Ekonomi suku ketiga Malaysia dianggar berkembang 3.3 peratus - Kementerian Ekonomi
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana pada kadar 3.3 peratus berdasarkan anggaran awal KDNK bagi suku ketiga 2023.
RMK-12: Kembalikan momentum pertumbuhan semua sektor, wujudkan sumber baharu - PM
Pertumbuhan sektor perkhidmatan akan disokong oleh strategi pemodenan sektor untuk menjadi hab perkhidmatan serantau, kata Perdana Menteri.