KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia semakin meningkat dengan lebih banyak negeri beralih ke fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, strategi kesihatan dan langkah ekonomi yang berkesan bersama pengamalan norma baharu sangat penting kepada perniagaan untuk menjadi lebih berdaya tahan terutama dengan bermulanya lebih banyak aktiviti perniagaan dan waktu operasi yang lebih panjang.
Beliau berkata, kelembapan aktiviti ekonomi utama negara dapat dilihat pada bulan Julai 2021, namun, ramalan ekonomi yang lebih positif dijangka berlaku menjelang akhir 2021.
"Seterusnya, pemulihan ekonomi bukan sahaja akan kembali rancak pada akhir tahun 2021 tetapi juga akan mencorak masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia pada tahun-tahun akan datang," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini bersempena dengan penerbitan terkini Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR).
Mohd Uzir menyatakan indikator ekonomi terpilih mencatatkan peningkatan sederhana tahun ke tahun pada bulan Julai 2021 berikutan negara beralih ke fasa pertama PPN pada 15 Jun 2021.
"Perdagangan Malaysia kekal dalam momentum positif pada bulan Julai 2021, walaupun pada kadar yang lebih perlahan 13.0 peratus. Eksport meningkat 5.0 peratus manakala import melonjak 24.0 peratus, menyebabkan kemerosotan dalam lebihan dagangan sebanyak 45.8 peratus.
"Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) menyusut 5.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya setelah mencatatkan pertumbuhan positif selama lapan bulan berturut-turut terutamanya disumbangkan oleh kejatuhan 6.5 peratus dalam indeks pembuatan," kata beliau.
Mohd Uzir menambah di sektor perkhidmatan, trajektori pertumbuhan terus menurun berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan di seluruh negara dengan nilai jualan perdagangan borong danperuncitan jatuh 14.7 peratus kepada RM92.7 bilion pada Julai 2021.
Dari segi harga, Indeks Harga Pengguna meningkat 2.2 peratus terutamanya disumbangkan oleh kumpulan pengangkutan, kata beliau.
"Indeks Harga Pengeluar tempatan pada bulan Julai 2021 meningkat 11.7 peratus didorong oleh lonjakan dalam indeks perlombongan berikutan kenaikan harga komoditi gas asli dan minyak mentah," tambahnya.
Mohd Uzir memaklumkan prestasi ekonomi negara yang tidak setara menunjukkan Malaysia masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
"Indeks Pelopor (IP) merosot 4.0 peratus tahun ke tahun pada bulan Julai 2021 untukmencatatkan 105.0 mata, manakala berasaskan bulanan, IP menyusut 0.6 peratus.
"Trend penurunan juga dicerminkan dalam kadar pertumbuhan IP terlicin sejak Mac 2021yang menjangkakan ketidakpastian terhadap prospek ekonomi," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
Kelembapan aktiviti ekonomi utama negara dapat dilihat pada bulan Julai 2021, namun, ramalan ekonomi yang lebih positif dijangka menjelang akhir 2021. - Gambar hiasan
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Perdagangan borong dan runcit naik 6.6 peratus kepada RM144.9 bln pada April - Perangkaan
Peningkatan itu didorong oleh kenaikan 5.5 peratus atau RM3.3 bilion dalam subsektor perdagangan runcit kepada RM63.8 bilion.
Inflasi Malaysia kekal 4.0 peratus pada November 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal di paras 4.0 peratus pada November 2022 yang menyamai bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kelahiran hidup Malaysia 2021 rekod penurunan tertinggi dalam satu dekad
Kadar Kelahiran Kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 14.5 kelahiran pada 2020 kepada 13.5 kelahiran pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.
Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang selepas prestasi positif pada suku pertama
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ini berasaskan indikator daripada indeks pelopor yang meningkat sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 111.3 mata.
Ekonomi Malaysia meningkat dengan lebih banyak negeri beralih fasa seterusnya dalam PPN - Perangkaan
Kelembapan aktiviti ekonomi utama negara dapat dilihat pada bulan Julai 2021, namun, ramalan ekonomi yang lebih positif dijangka menjelang akhir 2021.
Kadar pengangguran pada April 2021 catat penurunan - Perangkaan
Kadar pengangguran di Malaysia bagi April 2021 merekodkan penurunan kepada 4.6 peratus atau pengurangan seramai 10,500 orang, iaitu kadar yang terendah sejak Oktober 2020.
Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus
Pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan.
Garis kemiskinan perlu ambil kira perbezaan wilayah - Ahli parlimen
Seorang ahli parlimen pembangkang mencadangkan agar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dibuat secara lebih terperinci dengan mengambil kira perbezaan kriteria mengikut wilayah.
Penduduk Malaysia meningkat kepada 32.73 juta orang pada suku pertama 2020
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019.