KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran September 2020 menurun sedikit kepada kepada 4.6 peratus mencatatkan 737,500 orang penganggur, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, pada September 2020, pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan.
"Kadar pengangguran menurun sedikit dengan bilangan penganggur turun 0.6 peratus bulan ke bulan, merekodkan 737,500 orang daripada 741,600 orang pada Ogos 2020.
"Sebaliknya, guna tenaga terus mencatatkan peningkatan, di mana penduduk bekerja bertambah 0.3 peratus berbanding Ogos 2020 iaitu 0.5 peratus kepada 15.19 juta orang terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
"Walau bagaimanapun, penurunan dalam guna tenaga didapati berlaku dalam sektor pertanian dan pembinaan yang mana secara tidak langsung menggambarkan kekurangan penawaran buruh dalam kedua-dua sektor," katanya dalam satu kenyataan mengenai Survei Tenaga Buruh (STB) hari ini.
Tambah beliau, nisbah guna tenaga kepada penduduk bagi September 2020 kekal pada 65.2 peratus.
Memperihalkan kedudukan penawaran buruh pada suku tahun ketiga 2020, Mohd Uzir berkata, selepas merekodkan kadar pengangguran tertinggi 5.1 peratus pada suku tahun kedua 2020, kadar pengangguran pada suku tahun ini menurun kepada 4.7 peratus.
"Kadar pengangguran yang lebih rendah disebabkan oleh pengoperasian semula hampir semua sektor ekonomi termasuk aktiviti sosial, pendidikan dan keagamaan.
"Di samping itu, aktiviti pelancongan domestik juga telah beransur pulih berikutan kebenaran perjalanan rentas negeri pada suku tahun tersebut.
"Maka, bilangan penduduk bekerja pada suku tahun ini meningkat 1.4 peratus kepada 15.1 juta orang, terutamanya dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan," katanya.
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) meningkat 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus dengan lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.5 peratus dan 55.3 peratus.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 09 2020
![Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594365842_MohdUzirMahidin.jpg)
Pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan. - Bernama
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KKR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Perdagangan borong dan runcit naik 6.6 peratus kepada RM144.9 bln pada April - Perangkaan Perdagangan borong dan runcit naik 6.6 peratus kepada RM144.9 bln pada April - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717139372_TBBNM.jpg)
Perdagangan borong dan runcit naik 6.6 peratus kepada RM144.9 bln pada April - Perangkaan
Peningkatan itu didorong oleh kenaikan 5.5 peratus atau RM3.3 bilion dalam subsektor perdagangan runcit kepada RM63.8 bilion.
![Inflasi Malaysia kekal 4.0 peratus pada November 2022 - Perangkaan Inflasi Malaysia kekal 4.0 peratus pada November 2022 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621946279_DrMohdUzirMahidi.jpg)
Inflasi Malaysia kekal 4.0 peratus pada November 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal di paras 4.0 peratus pada November 2022 yang menyamai bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Kelahiran hidup Malaysia 2021 rekod penurunan tertinggi dalam satu dekad Kelahiran hidup Malaysia 2021 rekod penurunan tertinggi dalam satu dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665646444_Baby.jpg)
Kelahiran hidup Malaysia 2021 rekod penurunan tertinggi dalam satu dekad
Kadar Kelahiran Kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 14.5 kelahiran pada 2020 kepada 13.5 kelahiran pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.
![Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang selepas prestasi positif pada suku pertama Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang selepas prestasi positif pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621946279_DrMohdUzirMahidi.jpg)
Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang selepas prestasi positif pada suku pertama
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata ini berasaskan indikator daripada indeks pelopor yang meningkat sebanyak 0.4 peratus bulan ke bulan kepada 111.3 mata.
![Ekonomi Malaysia meningkat dengan lebih banyak negeri beralih fasa seterusnya dalam PPN - Perangkaan Ekonomi Malaysia meningkat dengan lebih banyak negeri beralih fasa seterusnya dalam PPN - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632991946_bukitbintang.jpg)
Ekonomi Malaysia meningkat dengan lebih banyak negeri beralih fasa seterusnya dalam PPN - Perangkaan
Kelembapan aktiviti ekonomi utama negara dapat dilihat pada bulan Julai 2021, namun, ramalan ekonomi yang lebih positif dijangka menjelang akhir 2021.
![Kadar pengangguran pada April 2021 catat penurunan - Perangkaan Kadar pengangguran pada April 2021 catat penurunan - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623232429_Pavilion.jpg)
Kadar pengangguran pada April 2021 catat penurunan - Perangkaan
Kadar pengangguran di Malaysia bagi April 2021 merekodkan penurunan kepada 4.6 peratus atau pengurangan seramai 10,500 orang, iaitu kadar yang terendah sejak Oktober 2020.
![Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594365842_MohdUzirMahidin.jpg)
Kadar pengangguran September 2020 menurun kepada 4.6 peratus
Pemulihan berterusan dapat dilihat dalam penawaran tenaga buruh negara di tengah-tengah cabaran membendung penyebaran pandemik COVID-19 melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan.
![Garis kemiskinan perlu ambil kira perbezaan wilayah - Ahli parlimen Garis kemiskinan perlu ambil kira perbezaan wilayah - Ahli parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542359581_TBNIKNAZMINIKAHM.jpg)
Garis kemiskinan perlu ambil kira perbezaan wilayah - Ahli parlimen
Seorang ahli parlimen pembangkang mencadangkan agar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dibuat secara lebih terperinci dengan mengambil kira perbezaan kriteria mengikut wilayah.
![Penduduk Malaysia meningkat kepada 32.73 juta orang pada suku pertama 2020 Penduduk Malaysia meningkat kepada 32.73 juta orang pada suku pertama 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589269219_BayiMerdeka.jpg)
Penduduk Malaysia meningkat kepada 32.73 juta orang pada suku pertama 2020
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019.