KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mula menyederhana berikutan kesan ketidakstabilan ekonomi global dalam beberapa bulan ke hadapan pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Memetik Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ekonomi Malaysia diunjurkan menyederhana antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun depan, sejajar dengan ramalan global Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia bagi Oktober 2022, IMF meramalkan bahawa ekonomi global akan berkembang meskipun pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.7 peratus pada 2023.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata pertumbuhan yang diunjurkan bagi rantau Asia telah disemak daripada 4.3 peratus kepada 4.2 peratus pada 2022 dan daripada 4.9 peratus kepada 4.6 peratus pada 2023 berdasarkan Suplemen Prospek Pembangunan Asia (ADO) Disember 2022.
"Ini berikutan sekatan pergerakan yang dilaksanakan semula di China, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di peringkat domestik, Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 0.4 peratus kepada 109.6 mata pada Oktober 2022 berbanding 109.2 mata pada Oktober tahun lepas.
Bagaimanapun, melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada Oktober 2022, IP mula mencatatkan arah aliran di bawah trend 100 mata.
Mengenai prestasi makroekonomi terkini, Mohd Uzir berkata berapa indikator utama terus mencatatkan aliran menaik berbanding Oktober tahun lepas berikutan prestasi jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 21.1 peratus kepada RM245.2 bilion daripada RM202.4 bilion pada Oktober 2021.
Bagi inflasi, beliau berkata, dari segi indeks harga, inflasi Malaysia pada Oktober 2022 meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun, lebih rendah daripada kadar September 2022 iaitu 4.5 peratus, dengan inflasi kumpulan makanan kekal sebagai penyumbang utama dengan kenaikan 7.1 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022
![Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660287363_TBbnm.jpg)
Mohd Uzir berkata pertumbuhan yang diunjurkan bagi rantau Asia telah disemak daripada 4.3 peratus kepada 4.2 peratus pada 2022 dan daripada 4.9 peratus kepada 4.6 peratus pada 2023. - Gambar fail
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716284352_AmirudinShari.jpg)
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
![Selangor dahului sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional - Perangkaan Selangor dahului sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704345152_TBbnm.jpg)
Selangor dahului sumbangan KDNK dalam ekonomi nasional - Perangkaan
Pertumbuhan ekonomi Selangor menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sebanyak 25.9 peratus.
![Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719899883_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara hari ini.
![Harga eksport Malaysia naik 0.7 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan Harga eksport Malaysia naik 0.7 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717139372_TBBNM.jpg)
Harga eksport Malaysia naik 0.7 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
DOSM berkata terma perdagangan Malaysia juga meningkat sebanyak 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 114.8 mata.
![Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
![Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719307643_tbKualaLumpurGener.jpg)
Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.
![Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701163613_DatukSeriMohdUzir.jpg)
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 32.5 peratus - DOSM
Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian merekodkan peningkatan 32.5 peratus dengan 448,181 kekosongan pada suku keempat 2023.
![Pelancongan domestik lonjak 19 peratus pada suku pertama 2024, rekod 58.6 juta pelawat Pelancongan domestik lonjak 19 peratus pada suku pertama 2024, rekod 58.6 juta pelawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718181750_TBTahunMelawatMalay.jpg)
Pelancongan domestik lonjak 19 peratus pada suku pertama 2024, rekod 58.6 juta pelawat
Pelancongan domestik Malaysia merekodkan 58.6 juta pelawat pada suku pertama 2024, melonjak 19 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
![Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714118541_TBMohdUzirMahidin.jpg)
Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelum itu.
![Nilai jualan sektor pembuatan meningkat, tertinggi dalam tempoh 13 bulan Nilai jualan sektor pembuatan meningkat, tertinggi dalam tempoh 13 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655599229_MIDF.jpg)
Nilai jualan sektor pembuatan meningkat, tertinggi dalam tempoh 13 bulan
Peningkatan ini mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 bulan berikutan kesan nilai asas yang lebih rendah.